Kempen Skim Thohir 2017 merekodkan peningkatan pembayar zakat berjumlah 7,035 orang bagi tempoh April hingga November lalu, berbanding 2,356 bagi tempoh sama pada 2016.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Abdul Hakim Amir Osman berkata peningkatan itu disebabkan faktor kesedaran yang tinggi untuk membayar zakat serta kemudahan pembayaran melalui potongan gaji yang ditawarkan CIMB Islamic Bank Bhd.
"Sejak diperkenalkan tahun lalu, PPZ-MAIWP menjalin kerjasama dengan CIMB Islamic bagi memudahkan pembayaran zakat dalam kalangan masyarakat," katanya di sini hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kempen Penutup Skim Thohir 2.0 2017 yang dianjurkan untuk menggalakkan umat Islam menunaikan tanggungjawab menunaikan zakat.
CIMB Islamic juga menaja hadiah bernilai RM49,000 dengan tambahan RM7,000 sekiranya pemenang mempunyai akaun CIMB Bank.
Hadiah utama pakej umrah untuk dua orang dimenangi kakitangan syarikat pengurusan unit amanah, Rozalinda Katan, 35, yang berasal dari Melaka.
"Saya bersyukur kerana memenangi pakej umrah ini dan InsyaAllah akan ke Tanah Suci bersama suami pada hujung tahun depan," katanya yang mendapat tahu mengenai skim itu daripada majikannya.
Selain itu, Md Fadzli Md Saat, 43, diumumkan sebagai pemenang kedua dengan memenangi baucer percutian bernilai RM5,000 dan bercadang menggunakannya untuk menunaikan umrah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2017
Kempen Skim Thohir 2017 merekodkan peningkatan pembayar zakat berjumlah 7,035 orang bagi tempoh April hingga November lalu. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
PPZ-MAIWP sasar kutipan zakat RM195.5 juta melalui Kempen Ramadan 2024
Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan kutipan zakat RM195.5 juta melalui Kempen Ramadan 2024.
7,100 keluarga terjejas di kawasan PKPD terima bantuan MAIWP
Program melibatkan 20 lokasi di kawasan Kampung Segambut Dalam, PPR Pantai Ria, Kampung Padang Balang, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan lain-lain.
Skim Thohir tingkatkan bilangan pembayar zakat
Kempen Skim Thohir 2017 merekodkan peningkatan pembayar zakat berjumlah 7,035 orang bagi tempoh April hingga November lalu, berbanding 2,356 bagi tempoh sama pada 2016.