KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,100 keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Wilayah Persekutuan, menerima bantuan barangan makanan dan wang tunai melalui Program Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Prihatin Kasih Asnaf 3.0.
Program melibatkan peruntukan berjumlah RM1.5 juta itu, dilaksanakan MAIWP bersama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP sejak 3 hingga 18 Julai lepas, melibatkan 20 lokasi di kawasan Kampung Segambut Dalam, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Kampung Padang Balang, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan lain-lain.
Pengerusi MAIWP Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata sumbangan ini adalah hasil wang wakalah zakat individu, syarikat dan majikan yang menunaikan zakat di PPZ-MAIWP.
"Sumbangan yang diberikan adalah wang tunai, dua ekor ayam dan barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak, gula dan lain-lain lagi. Semua urusan pengagihan dibuat melalui wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ketua Majlis Pewakilan Penduduk di kawasan yang terlibat mengikut prosedur operasi standard sedia ada.
"Sumbangan ini merupakan bantuan tambahan kepada asnaf selain bantuan bulanan yang diberikan MAIWP untuk meringankan bebanan mereka yang terkesan dalam kawasan PKPD," katanya dalam satu kenyataan semalam.
"Sumbangan peribadi turut diberikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang diwakilkan Setiausaha Sulit Kanan baginda Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim," katanya.
Menurutnya inisiatif lain yang dilaksanakan MAIWP adalah dengan membuat penyambungan secara automatik kepada semua asnaf penerima bantuan secara bulanan, yang tamat pada Ogos dan September 2021, tanpa mereka perlu datang ke kaunter baitulmal.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman berkata berikutan situasi sukar yang melanda negara, agensi itu amat memerlukan dana zakat untuk terus membantu mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi apabila berlakunya peningkatan mendadak bilangan asnaf.
"Orang ramai yang melihat atau terjumpa orang susah di Wilayah Persekutuan diminta melaporkannya kepada MAIWP dan laporan boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar Mobil Jejak Asnaf atau MoJA, bagi memudahkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal-MAIWP turun padang membantu mereka," katanya.
Beliau berkata PPZ-MAIWP juga baharu sahaja melancarkan Kempen Potongan Zakat Bulanan (PZB) yang berlangsung selama enam bulan bermula Julai hingga Disember 2021.
"Orang ramai boleh mendaftar Skim PZB sama ada melalui pautan ptg.zakat.com.my, mengisi borang di kaunter PPZ-MAIWP atau melalui majikan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, sila layari https://bit.ly/SkimPZB atau ikuti Facebook Pusat Pungutan Zakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 22 2021
Majlis menyerahkan pek sumbangan dan wang tunai berlangsung di tiga lokasi PKPD iaitu Flat Sri Sabah, Flat Desa Pandan dan PPR Kerinchi pada 17 Julai lalu. - Foto Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Cukai taksiran turun 0.25 hingga 2 peratus ikut jenis bangunan - Datuk Bandar Ipoh
Sebahagian besar cukai taksiran dalam kawasan pentadbiran MBI telah turun sebanyak 0.25 peratus hingga dua peratus mengikut jenis bangunan.
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.