ALOR SETAR: Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) sedang diperhalusi di peringkat Bank Negara menerusi Bank Pertanian Malaysia (Agro Bank), sebelum pelaksanaannya diperkenalkan kepada petani tidak lama lagi.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata skim tersebut, dapat mengurangkan beban kerugian yang ditanggung golongan petani akibat bencana alam, terutama dalam keadaan perubahan iklim yang tidak menentu pada masa kini.
"Kita berharap semua petani dapat diinsuranskan menerusi skim ini nanti...Sebelum ini melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP), proses pampasan mengambil masa yang lama, bencana tahun lepas, tahun ni baru dapat sebab proses semuanya dibuat secara manual.
"Proses pampasan menerusi STTP pula akan lebih cepat, kerana semuanya telah ada dalam sistem. Caruman yang akan dikenakan nanti tidaklah besar, tapi para petani akan lebih terjamin," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan TBTP kepada peladang Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang terkesan dan merasmikan program MADA Day 2024 di Ibu Pejabat MADA di sini, hari ini.
Mohamad berkata lagi lagi STTP merupakan skim yang lebih komprehensif bagi menggantikan TBTP, yang akan memperuntukkan jumlah pampasan lebih tinggi iaitu sehingga RM3,000 bagi setiap hektar semusim, berbanding maksimum RM1,800 bagi setiap hektar semusim.
Beliau berkata skim tersebut, dijangka akan dapat dimanfaatkan oleh seluruh pesawah MADA pada Musim 2/2024, selepas ia dilancarkan pada September ini bersempena penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.
Sementara itu, Mohamad turut menyeru kepada seluruh peladang di Kawasan Muda agar mematuhi Jadual Penanaman Padi Musim 1/2024, bagi mengelakkan berlakunya pembaziran air.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Mohamad berkata skim tersebut, dapat mengurangkan beban kerugian yang ditanggung golongan petani akibat bencana alam, terutama dalam keadaan perubahan iklim yang tidak menentu.- Gambar fail/Bernama
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Pesawah disaran daftar Skim Takaful Tanaman Padi
Kerajaan telah sediakan peruntukan RM50 juta bagi bayaran premium STTP tahun ini dan petani hanya perlu mendaftar untuk menerima faedah.

Skim Takaful Tanaman Padi sedang diperhalusi Bank Negara - Mohamad Sabu
Skim Takaful Tanaman Padi sedang diperhalusi di peringkat Bank Negara menerusi Bank Pertanian Malaysia, sebelum pelaksanaannya.