Skim Perumahan Belia yang akan ditawarkan kepada pasangan belia yang sudah berkahwin dapat merealisasikan hasrat belia untuk memiliki aset tetap.
Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz berkata skim berkenaan amat bagus kerana ia dapat dijadikan pelan pelaburan jangka panjang untuk generasi muda.
"Ia merupakan cadangan yang sangat baik dan lebih menjurus kepada pengumpulan aset tetap untuk jangka masa panjang dan dapat meringankan beban belia yang layak membuat bayaran ansuran bulanan.
"Insentif RM200 sebulan selama dua tahun merupakan jumlah yang agak besar dan sangat membantu belia yang sudah berkahwin dan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama mereka," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas mengumumkan langkah proaktif ekonomi negara antaranya mempercepatkan pembinaan rumah mampu milik untuk memastikan kesejahteraan rakyat.
Skim Perumahan Belia yang diwujudkan secara perkongsian pintar antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Cagamas itu, ditawarkan kepada 20,000 pasangan belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun selain pemberian insentif sebanyak RM200 sebulan selama dua tahun.
Skim perumahan yang berdasarkan konsep 'siapa dulu dia dapat' itu layak buat pasangan belia berpendapatan bulanan kurang RM10,000 dan bagi hartanah yang bernilai antara RM100,000 hingga RM500,000.
Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri dalam mempercepatkan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk kesejahteraan rakyat.
Mah yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Mentreri berkata Skim Perumahan Belia merupakan peluang terbaik dalam menangani cabaran semasa yang dihadapi oleh negara dalam kedua-dua peringkat mikro dan makro.
"Ia adalah penting untuk menyampaikan komitmen kerajaan dan langkah bijak dalam menangani cabaran-cabaran ekonomi yang menjadi kebimbangan orang ramai termasuk kos sara hidup yang meningkat.
"Pengenalan langkah-langkah tambahan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan patut dipuji dengan penekanan ke atas kesejahteraan rakyat," katanya.
Presiden Kelab Belia Tamil Malaysia K Murali pula berpendapat skim berkenaan merupakan langkah yang baik untuk belia kerana pasangan belia yang baru berkahwin kebanyakannya menghadapi kesukaran menjalani kehidupan baharu dengan gaji rendah.
"Sudah pastinya skim ini dapat membantu mengurangkan beban belia yang baru berkahwin lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar kerana kebanyakan harga rumah tinggi," katanya.
Sementara itu, mantan Setiausaha Agong Majlis Belia Malaysia (Selangor), Abdul Razak Khasbullah berkata skim tersebut merupakan tindakan yang wajar dan mempunyai perancangan khusus untuk membela nasib generasi Y, memandangkan harga rumah di negara-negara membangun dan maju sangat tinggi.
Farrah Balkish Abdul Hamid, 34, dari Cheras berkata skim yang ditawarkan kerajaan itu dapat mengurangkan beban golongan belia yang bergaji rendah dan merealisasikan hasrat beliau untuk memiliki rumah sendiri.
"Skim Perumahan Belia dapat memenuhi impian saya yang berkahwin untuk memiliki rumah idaman dan meningkatkan taraf hidup keluarga. Daripada bayar sewa rumah yang mahal setiap bulan, lebih baik saya laburkan wang untuk membayar ansuran rumah sendiri," katanya.
Wong Wai Hon, 32, dari Setapak Jaya pula berkata semua belia mengimpikan memiliki rumah sendiri dan cadangan membina rumah mampu milik dan skim tersebut memudahkan rakyat serta dapat membantu golongan belia membentuk kehidupan yang lebih sempurna yang selesa.
Bernama
Fri Sep 18 2015
Skim Perumahan Belia ditawarkan kepada 20,000 pasangan belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun selain pemberian insentif sebanyak RM200 sebulan selama dua tahun.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Skim Perumahan Belia, pulangan tetap jangka panjang generasi Y
Skim perumahan yang berdasarkan konsep 'siapa dulu dia dapat' itu layak buat pasangan belia berpendapatan bulanan kurang RM10,000.