KUALA LUMPUR : Kerajaan akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2023 berkuat kuasa 15 hingga 30 April.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sebanyak 30 jenis barangan yang akan berada di bawah skim berkenaan.
Skim berkenaan juga turut meliputi enam jenis barangan daripada kategori ayam dan telur di bawah Penentuan Harga Maksimum yang telah berkuat kuasa sejak 5 Februari lalu.
“Tempoh pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2023 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga.
“Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.
“SHMMP Hari Raya Puasa 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat.
"Harga maksimum yang telah ditetapkan untuk SHMMP Hari Raya Puasa 2023 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui website Kementerian Perdagangan Dalam Negeri 2 dan Kos Sara Hidup di https://www.kpdn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, kementeriannya juga akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memastikan harga barangan terkawal serta bekalan mencukupi.
Tegasnya, mana-mana pihak yang didapati melanggar arahan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan sedia ada.
Ini termasuk tindakan bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga bagi barangan terkawal.
“Individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 dan Syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.
“Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM 10,000.00,” katanya lagi.
Hilmi Malik
Wed Apr 12 2023
Skim berkenaan turut meliputi barangan seperti ayam dan telur di bawah Penentuan Harga Maksimum sejak 5 Februari lalu. - Gambar fail
Projek laluan Kelantan capai kemajuan 79.81 peratus - Darwis
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata perkembangan ini selari dengan jadual penyiapan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor pada Disember 2026 dan pengoperasian bermula pada Jan 2027.
Calon Komited mahu bantu selesai isu Bekalan Air
Masalah bekalan air dilihat menjadi antara fokus utama kempen dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap.
Pelajar tanpa tangan, sebelah kaki terima anugerah inspirasi
Bersyukur dengan anugerah itu, Xue Qi berkata dia amat terhutang budi dengan pihak sekolah, guru, rakan serta keluarga terutama ibu bapa dan kembarnya How Xue Thing, 18, yang sentiasa membantu serta memberi dorongan.
Sidang Parlimen: Status enam MP Bersatu dijangka jadi tumpuan
Isu itu akan menjadi kebimbangan kepada parti politik kerana ia melibatkan kedudukan perlembagaan dan pindaan dalam parti masing-masing.
MCMC rakam percakapan pengguna media sosial
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia merakam percakapan seorang pengguna media sosial di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Jumaat lalu berhubung hantaran jelik terhadap seorang kanak-kanak.
Ibu tunggal 'cair' dengan juruterbang berputih mata
Seorang ibu tunggal berusia 51 tahun berputih mata apabila wang simpanan lebih RM148,000 lesap selepas menjadi mangsa love scam dalam talian, awal bulan ini.
Polis terima 57 laporan libatkan kerugian RM5.3 juta
Polis menerima 57 laporan mengenai skim penipuan mesin minuman layan diri yang melibatkan kerugian lebih RM5.3 juta sejak tahun lalu.
[TERKINI] Gaduh rebut kawasan dadah dipercayai punca kejadian
Pergaduhan melibatkan tiga lelaki dengan 20 lelaki lain berhampiran jalan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan menjawab kes penemuan pergelangan tangan manusia di lokasi kemalangan kenderaan di lokasi terbabit hari ini.
Penemuan pergelangan tangan manusia: Gaduh rebut kawasan dadah dipercayai punca kejadian
Abang Zainal Abidin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan pergaduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap tiga lelaki berusia 26 hingga 30 tahun itu pada 11.03 pagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Jun 2024.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.