Pengurusan Sekolah Kebangsaan Minden Height di George Town, Pulau Pinang mengambil inisiatif tersendiri dalam usaha mengekang penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di kalangan murid-muridnya.
Selain mengedar topeng muka kepada semua murid dan warga sekolah, pendedahan mengenai bahaya HFMD selain mengajar cara mencuci tangan dengan betul turut didedahkan kepada semua murid.
Guru besar Mohd Zubir Mat Zain berkata, inisiatif menganjurkan program 'Minden HFMD Awareness Campaign 2018' oleh pihak sekolah dilaksanakan selepas isu penularan penyakit HFMD semakin membimbangkan di negeri tersebut.
"Untuk kita menangani dan memberi kesedaran kepada murid-murid di SK Minden Height tentang gejala penyakit tangan, kaki dan mulut ini yang kita perlu menyedari tentang bahayanya.
"Kita bimbang penyakti ini boleh menyebabkan proses pembelajaran atau keadaan kesihatan murid-murid kita terganggu.
"Pagi ini kita telah mengedarkan penutup muka dan memberi didikan tentang cara mencuci tangan dengan betul selain memberi pendedahan tentang perlunya berjumpa dengan doktor apabila terdapat tanda-tanda atau simptom penyakit kaki, tangan dan mulut," katanya.
Tambahnya program tersebut turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Timur Laut.
Sementara itu, Pegawai PPD Timur Laut, Mohamad Abdul Samad berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif pihak sekolah dan berharap sekolah-sekolah lain turut mengambil pendekatan sama.
"Saya harap sekolah-sekolah di sekitar Timur Laut khasnya dapat mengambil tindakan inisiatif terkini dan mematuhi peraturan yang digariskan Pejabat Kesihatan Negeri untuk mencegah penyakit ini daripada menular," katanya.
Sehingga Khamis, empat sekolah di Pulau Pinang terpaksa ditutup sepenuhnya selepas ramai muridnya dijangkiti HFMD.
BACA: Penguatkuasaan terhadap taska, tadika yang mempunyai kes HFMD
Turut ditutup, 14 tadika, dua buah taska dan sebuah pusat jagaan kanak-kanak.
Siti Norbaya Abidin
Fri Jul 13 2018
Adun Batu Uban, A Kumaresan mengadihkan penutup muka kepada pelajar SK Minden Height. - Astro AWANI/Siti Norbaya Abidin
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Cacar monyet: Pesakit alami gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.
HFMD: Segera bawa anak ke fasiliti kesihatan sekiranya bergejala
Ibu bapa diminta segera membawa anak masing-masing ke fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mereka mempunyai gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 dalam pasaran mencukupi - MMA
Orang ramai dinasihat supaya tidak membuat pembelian panik kit ujian itu sehingga boleh menyebabkan bekalannya menyusut.
COVID-19: Turki lapor kes pertama varian Omicron
Mereka adalah pesakit luar yang tidak mempunyai sebarang masalah dan mempunyai gejala yang sangat ringan.
Varian Delta boleh membiak dalam hidung, individu divaksin masih boleh dilindungi - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berharap semua orang mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi mengelakkan risiko yang lebih tinggi terhadap jangkitan varian Delta itu.
COVID-19: Ubat antibodi AstraZeneca berjaya kurangkan gejala
Ini sekaligus memberi harapan khususnya bagi mereka yang kurang memberi reaksi terhadap suntikan imunisasi.
Kerap bersin tanpa sebab selepas divaksin mungkin gejala COVID-19 - Kajian
Para penyelidik telah menemui satu gejala biasa yang dialami mereka yang sudah lengkap divaksin, iaitu bersin.
COVID-19: 11 kes baharu, semua disaran jalani ujian sebelum sesi minggu depan
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan mereka yang bergejala agar membuat pemeriksaan dan tidak menghadiri sesi mesyuarat tersebut.
COVID-19: Ibu tunggal sempat suruh anak ke rumah anak yatim sebelum meninggal dunia
Wanita yang mengalami gejala termasuk sakit dada, sukar bernafas dan batuk itu meninggal dunia di rumah ketika menunggu bantuan.
Dua wanita dikejarkan ke Hospital Kulai, tangki bahan kimia pecah
Panggilan kecemasan diterima pada 8.22 malam dan seramai 21 anggota termasuk daripada HAZMAT digegaskan ke lokasi.