TREND menghantar anak-anak bukan Cina ke sekolah rendah Cina semakin meningkat kerana ramai berpandangan bahawa bahasa tersebut sangat bernilai.
Fenomena itu boleh dikesan antara tahun 1970-an dan 1980-an apabila ramai murid bukan Cina belajar di sekolah rendah tersebut bagi menguasai bahasa tambahan dan meningkatkan daya saing mereka.
Peningkatan tersebut dipengaruhi beberapa faktor, antaranya ibu bapa percaya bahawa belajar bahasa Cina akan memberi lebih banyak peluang; pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti tinggi; disiplin dalam kalangan murid; serta nilai ekonomi bahasa Cina yang lebih besar.
Sudah tentu, ada juga ibu bapa yang memilih sekolah yang berdekatan, selain banyak sekolah yang kurang murid dapat terus beroperasi kerana sokongan daripada murid-murid bukan Cina.
Namun, kita sering melihat sisi positif tanpa memikirkan bagaimana murid-murid bukan Cina itu berjuang untuk menyesuaikan diri dan belajar dalam persekitaran, di mana bahasa tersebut bukan bahasa ibunda mereka.
Dalam kalangan mereka ada yang berjaya mengatasi kesukaran, malah tidak kurang juga yang 'menyerah kalah' dan kembali ke sekolah rendah kebangsaan.
"Semua anak saya pergi ke sekolah Cina. Apabila mereka menguasai semua bahasa, lebih mudah bagi mereka untuk mendapatkan pekerjaan," kata ibu kepada seorang murid, Kasthuri Malayandi.
Bagi murid Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Nan Hwa, Sitiawan, Nuzul Aleesya Nuzul Azali pula, sejak dari kecil ibunya menghantar belajar di sekolah rendah Cina kerana mahu dia mempelajari bahasa Mandarin.
Sementara, Qurratu Ayesha Ariffin yang merupakan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Union, Cyberjaya mengakui pembelajaran bahasa Mandarin mempunyai cabaran tersendiri.
"Saya mula belajar bahasa Mandarin semasa di Tahun 1. Pada masa itu, bahagian yang paling sukar bagi saya ialah mempelajari hanyu pinyin (simbol fonetik untuk aksara Cina).
"Tetapi dari Tahun 2 hingga Tahun 3, saya merasakan bahawa saya telah meningkat dengan pantas.
"Selepas saya tamat sekolah rendah,saya ingin mendaftar di sekolah menengah dan terus belajar bahasa Mandarin. Saya ingin menduduki subjek Bahasa Cina dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," kongsinya yang kini murid Tahun 5.
Persoalannya, adakah ibu bapa bukan Cina akan tetap menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah Cina untuk memberi kelebihan atau berdepan cabaran?
Siri laporan ini akan meneroka bagaimana murid-murid bukan Cina berjuang dalam mempelajari bahasa Cina serta berapa ramai yang berhenti di separuh jalan atau berjaya menamatkan pengajian.
Selain itu, perbincangan turut tertumpu mengenai arah tuju selepas tamat pengajian dan sama ada asas dalam bahasa Cina membantu murid-murid bukan Cina.
Artikel ini merupakan kolaborasi antara media bagi meneliti pengalaman dan cabaran yang dihadapi murid bukan Cina di sekolah rendah Cina menerusi Laporan Khas bertajuk 'SJKC: Realiti bagi pelajar bukan Cina'.
Ia melibatkan kerjasama lima media arus perdana iaitu Sin Chew Daily, Astro AWANI, Sinar Harian, The Star dan Malaysia Nanban.
Astro Awani
Sun Jun 09 2024
Trend menghantar anak-anak bukan Cina ke sekolah rendah Cina semakin meningkat kerana ramai berpandangan bahawa bahasa tersebut sangat bernilai. - Gambar fail
Hanya 12 trak bantuan makanan, air diedar ke utara Gaza dalam tempoh 2 setengah bulan
Bantuan kemanusiaan sering dihalang, dengan beberapa trak yang berjaya menghantar bantuan kemudian diserang.
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
AWANI Borneo [23/12/2024] - Mangsa angin kencang | Musim perayaan | Hujung minggu ini
AWANI Borneo Isnin, 23 Disember 2024 bersama Dzulfitri Yusop.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
Kerja pembaikan SMK Lutong akan dilakukan segera
Kerja-kerja pembaikan asas SMK Lutong, Miri yang terjejas akibat ribut pada hujung minggu lalu akan dilakukan dengan segera.
Terus bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat di negeri itu terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan
Hujan berterusan di timur Sabah hingga 30 Disember
MetMalaysia keluarkan amaran ramalan cuaca signifikan berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun lemah dijangka berlaku pada 28 hingga 30 Disember 2024.
Penduduk perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh
Perancangan jangka panjang sedang dirangka bagi membantu mangsa insiden angin kencang di penempatan atas air di Semporna.
Pelajar sekolah vernakular tidak berdepan masalah kuasai Bahasa Melayu - KPM
Pertandingan Forum Pelajar dan Festival Bahasa dan Sastera memupuk penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar SMPC, SJKC dan SJKT.
Isu sekolah vernakular: Polis selesai rakam keterangan Teo Kok Seong
Keterangan diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
Kantin dibuka: Saya tak mahu anak bukan Islam makan dalam stor - Fadhlina
Fadhlina berkata perkara itu bukan dasar baharu dan ia hanya dilaksanakan khusus untuk sekolah yang mempunyai murid bukan Islam.
Kertas siasatan terhadap Teo Kok Seong dibuka - Saifuddin Nasution
Satu kertas siasatan telah dibuka terhadap pensyarah dan Felo Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong susulan kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini.
Sekolah vernakular tarikan perpaduan negara, bukan pemisah etnik - Aaron
Sekolah vernakular bukan satu faktor yang menjurus ke arah perpecahan, sebaliknya ia menjadi tarikan ke arah perpaduan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
KPM tetap iktiraf sekolah vernakular - Fadhlina
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan mengambil maklum gesaan sesetengah pihak untuk mengkaji semula sistem pendidikan vernakular.
Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan sekolah vernakular berperlembagaan
Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini gagal dalam permohonan untuk mengisytiharkan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah berkenaan adalah tidak
Sekolah vernakular: Dua pertubuhan mohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan
Mereka merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan bagi pengisytiharan bahawa sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah berkenaan adalah tidak berperlembagaan.
Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil
Mahkamah Rayuan putuskan penubuhan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar sah dengan Perlembagaan Persekutuan.