Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tidak disoal siasat tetapi diambil keterangan secara profesional oleh polis pada Jumaat lepas dengan menghormati kedudukan serta statusnya, berhubung perhimpunan yang dianjurkan tanpa notis pada September 2017.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd menarik perhatian bahawa Dr Siti Hasmah sendiri telah membuat kenyataan umum bahawa beliau tidak berhadapan dengan sebarang bentuk intimidasi sepanjang kenyataannya dirakam.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kenyataan-kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Dr Siti Hasmah sendiri, katanya, bersedia memberikan kerjasama dalam melengkapkan siasatan polis.
Wan Ahmad Najmuddin menegaskan ini merupakan sebahagian daripada proses siasatan polis dan tidak melibatkan sebarang bentuk tekanan daripada mana-mana pihak.
Pada 10 Sept tahun lepas, sekumpulan aktivis wanita dilapor menganjurkan perhimpunan dikenali sebagai 'Wanita Bantah Politik Toksik' di ibu negara. Dr Siti Hasmah dilapor memberi ucapan ringkas pada acara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2018

Dr Siti Hasmah sendiri bersedia memberikan kerjasama dalam melengkapkan siasatan polis. - Foto Twitter Marina Mahathir

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iktiraf prinsip asas kedaulatan undang-undang demi kebebasan badan kehakiman - Karen Cheah
Karen Cheah juga berpendapat, badan kehakiman perlu kekal bebas untuk memastikan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan dapat dipikul sebaiknya.

SPRM nafi lakukan intimidasi terhadap Maszlee
Maszlee sebelum ini berkata beliau tidak menyangka tindakannya yang hadir semasa penyerahan memorandum tersebut mengakibatkan dirinya dipanggil polis untuk disoal siasat.

SPRM soal siasat doktor yang keluarkan MC kepada Rosmah - Peguam
Kata Sri Ram, persoalannya ialah sama ada tertuduh sihat atau sebaliknya untuk menghadiri perbicaraan, oleh itu, SPRM perlu menyiasat perkara tersebut dan mereka hanya menjalankan tugas.

Siti Hasmah tidak disoal siasat - polis
Dr Siti Hasmah sendiri telah membuat kenyataan umum bahawa beliau tidak berhadapan dengan sebarang bentuk intimidasi sepanjang kenyataannya dirakam.