SUBANG JAYA: Inisiatif Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan kumpulan yang menjadi sistem sokongan antara faktor kejayaan pengekalan kepulihan klien yang mengikuti program rawatan dan pemulihan di agensi itu.
Ketua Pengarah AADK Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, kumpulan sokongan tersebut terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD), Ahli Lembaga Pelawat (ALP), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Mentor Kepulihan AADK dari seluruh negara.
Katanya, fungsi dan peranan kumpulan itu amat penting dalam memenuhi keperluan kepulihan seseorang individu dalam proses pemulihan.
“Kita sedia maklum, apabila kita ingin melakukan usaha-usaha memulihkan dan mengekalkan kepulihan kepada mereka, kita perlu menyediakan empat Modal Kepulihan, seperti Modal Insan, Modal Sosial, Modal Ekonomi dan Modal Budaya atau Agama, kepada setiap klien kita.
“Justeru, segala usaha yang diberikan kepada klien adalah Modal Sosial yang merupakan salah satu komponen penting dalam Model i-Pulih AADK.
“Maka atas dasar itulah, entiti-entiti seperti JKPD, ALP, PRS dan Mentor Kepulihan AADK diperkukuhkan dari semasa ke semasa dan menjadi Rakan Pintar paling akrab AADK, ibarat aur dengan tebing.
"Tidak lengkap usaha-usaha kepulihan tanpa komitmen dan sokongan ini,” katanya ketika berucap merasmikan program Hari Apresiasi Kepulihan Peringkat Kebangsaan 2022 di sini semalam.
Mengulas lanjut, Tuan Sutekno berkata, program yang bertemakan ‘Kebersamaan Pemangkin Pengekalan Kepulihan’ berkenaan adalah satu platform AADK bagi mengiktiraf dan menghargai jasa, pengorbanan, masa, tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan dalam membantu dan menyokong usaha-usaha AADK merawat pulih klien.
“Saya difahamkan, seramai 315 terdiri daripada JKPD, ALP, PRS dan Mentor Kepulihan AADK hadir pada malam ini.
“Ini jelas menunjukkan lambang kebersamaan, sokongan, komitmen dan kesepakatan dalam merealisasikan aspirasi bahawa kepulihan adalah tidak mustahil untuk dicapai,” ujarnya.
Tambah Tuan Sutekno, program dua hari itu menyediakan pelbagai pengisian menarik dan berinformasi selain berkongsi amalan terbaik dalam usaha memperkasa komuniti bagi pengekalan kepulihan klien.
Essan Yahya
Fri Nov 11 2022
Tuan Sutekno berkata, fungsi dan peranan kumpulan sistem sokongan amat penting dalam memenuhi keperluan kepulihan seseorang individu dalam proses pemulihan. - Foto Astro AWANI
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan.
Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.
Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah ditahan di Singapura
Menurut CNB Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.
Timbalan Menteri Kesihatan gesa pembaharuan dasar dadah dalam mesyuarat ISAM
Lukanisman berkata, menyahkriminalisasi penggunaan dadah membantu meminimumkan akibat berbahaya yang berkaitan dengan penggunaannya.
Pasangan kekasih curi motosikal dicekup
Supt Juna berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah inap desa di Kuala Kurau pada 2.30 petang.