Seluruh sistem perbankan dan kewangan negara akan runtuh dan mengalami kerugian kira-kira RM1 trilion sekiranya sektor ekonomi tidak dibuka semula akibat pandemik COVID-19.
Mendedahkan perkara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mengetahui risiko tersebut ketika mengetuai satu mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, yang selalu dipengerusikan pada setiap Isnin.
"Satu hari, Gabenor Bank Negara memberitahu saya, sekiranya dalam sehari atau sebulan mendatang ini, kita tidak buat apa dan tidak membolehkan ekonomi bergerak seperti biasa, seluruh sistem kewangan dan perbankan negara akan runtuh.
"(Dan), kalau itu terjadi itu, nilai kerugian pada sistem perbankan dan kewangan adalah kira-kira RM1 trilion," kata beliau ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas bersama kepimpinan masyarakat Parlimen Pagoh, petang Sabtu.
Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu berkata masalah ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19 bukan sahaja berlaku kepada Malaysia, tetapi juga menjejaskan negara luar termasuk negara-negara maju.
Justeru, katanya ekonomi negara perlu dikembalikan kepada satu landasan yang lebih baik.
"Kegiatan ekonomi mesti kita tingkatkan dalam tempoh yang tidak terlalu lama. Bila kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua kilang berhenti bukan sehari tetapi berbulan-bulan, setiap hari perniagaan dan ekonomi kita tidak bergerak," tambahnya.
Bagaimanapun antara cabaran kerajaan yang dihadapi dalam usaha merancakkan ekonomi seperti melonggarkan sekatan-sekatan yang dikenakan ketika PKP adalah masalah psikologi di kalangan rakyat berikutan kebimbangan terhadap COVID-19.
"Dalam keluarga saya sendiri pun, ada yang teragak-agak untuk ke restoran, misalnya..selamat ke tidak. Ada halangan psikologi disebabkan tempoh tiga bulan lebih berada di rumah menyebabkan kita tidak bersedia untuk keluar," kata beliau.
Tambah Perdana Menteri, bagi merancakkan ekonomi negara, pelbagai bantuan termasuk Pelan Jana Semula Ekonomi Negara telah diperkenalkan.
Selain itu, kerajaan turut menumpukan kepada latihan vokasional dan kemahiran kepada anak-anak muda bagi memberi peluang mereka berdikari terutama dalam menghadapi keadaan sukar pada masa hadapan.
Ketika Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun lepas sehingga 31 Ogos, beliau turut membenarkan perjalanan rentas negeri serta aktiviti pelancongan domestik dalam usaha menjana semula ekonomi negara tetapi perlu mengamalkan norma baharu termasuk patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 27 2020
Muhyiddin ketika menghadiri Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Pagoh di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh, pada Sabtu. - Bernama
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.