Umat Islam di Malaysia amat bertuah kerana pentadbiran dan pengurusan hal ehwal keluarga Islam yang baik dan sistematik menjamin hak pasangan berkahwin terpelihara, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah, hak itu termasuk suami dan isteri dilindungi daripada sebarang bentuk kezaliman terhadap pasangan mereka.
"Hak ini selaras dengan ajaran Islam yang memberikan impak dan persepsi positif terhadap perkahwinan dalam Islam khasnya kesucian agama itu sendiri," titah baginda ketika merasmikan 'Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang-Orang Islam Negeri Perlis Tahun 2017' di sini, hari ini.
Menurut baginda kekuatan dan kecekapan pengurusan perkahwinan dapat memastikan isteri atau suami mendapat hak pembelaan sewajarnya apabila berlaku perceraian.
"Selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), beta amat sukacita kerana Perlis menjadikan undang-undang berlandaskan Islam sebagai paksi bagi memelihara institusi kekeluargaan dan memastikan setiap pihak mendapat hak serta keadilan sewajarnya.
"Beta berharap Penolong Pendaftar Perkahwinan Islam yang dilantik kali ini memberikan khidmat terbaik dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab supaya kemampanan institusi kekeluargaan Islam terus dihormati," tambah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin berharap Penolong Pendaftar Perkahwinan Islam turut membimbing pasangan baru berkahwin menjadi keluarga Islam yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Perlis Datuk Khairi Hassan, Ketua Pegawai eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis Dr Hazman Hassan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2017
Umat Islam di Malaysia amat bertuah kerana pentadbiran dan pengurusan hal ehwal keluarga Islam yang baik dan sistematik menjamin hak pasangan berkahwin terpelihara, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. - Gambar fail
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Sistem pentadbiran keluarga Islam jamin hak suami isteri
Umat Islam di Malaysia bertuah kerana pentadbiran dan pengurusan hal ehwal keluarga Islam yang baik dan sistematik menjamin hak pasangan berkahwin terpelihara, titah Raja Muda Perlis.