KUALA LUMPUR:Rakyat Malaysia lebih percaya pada sistem perubatan dan penjagaan kesihatan di negara ini berbanding dua tahun lalu.
Itu yang dibuktikan firma penyelidikan pasaran dan perundingan, Ipsos, menerusi satu kaji selidik yang dijalankan dari September hingga Oktober lalu.
Kaji selidik tersebut mendapati tiga daripada empat rakyat Malaysia percaya sistem penjagaan kesihatan di negara ini menawarkan perkhidmatan terbaik.
Bukan itu sahaja, 62 peratus rakyat Malaysia juga yakin bahawa sistem penjagaan kesihatan di negara ini memberikan rawatan yang adil dan sama rata terhadap semua individu.
Kaji selidik tersebut membabitkan 20,009 responden dari 22 buah negara, namun tidak menyebut jumlah sampel dari Malaysia.
Dalam pada itu, Malaysia juga berada dalam kelompok teratas dalam senarai sokongan terhadap suntikan vaksin.
Berbanding negara lain, 86 peratus rakyat Malaysia percaya suntikan vaksin satu keperluan untuk menangani jangkitan penyakit berjangkit.
Ini jauh berbeza dengan beberapa negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, masing-masing dengan hanya 52 peratus dan 50 peratus.
Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam Ipsos, Lars Erik Lie, melihat keyakinan tinggi rakyat Malaysia itu disokong oleh sistem kesihatan yang berkesan.
"Rakyat Malaysia memiliki keyakinan yang tinggi dalam sistem penjagaan kesihatan. Ini kerana mereka percaya pada sistem yang adil dan memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi.
"Pandemik COVID-19 merupakan ujian bagi sektor penjagaan kesihatan di seluruh dunia, dan sistem penjagaan kesihatan di Malaysia jauh lebih baik berbanding banyak negara lain di seluruh dunia," katanya.
Madiha Abdullah
Fri Dec 11 2020
Tiga daripada empat rakyat Malaysia percaya sistem penjagaan kesihatan di negara ini menawarkan perkhidmatan terbaik. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Pertumbuhan suku kedua ekonomi Malaysia kukuh pada 5.9 peratus
Pertumbuhan ekonomi pada suku kedua ini didorong terutamanya oleh peningkatan ketara dalam perbelanjaan isi rumah dan pasaran buruh yang kukuh.
5 maut selepas pesawat kecil terhempas di Hutan Amazon Brazil
Lima orang maut pada Khamis apabila sebuah pesawat enjin berkembar terhempas di sebuah ladang di bandar Apiacas, Hutan Amazon di negeri Mato Grosso, barat Brazil.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi, disokong oleh minat belian yang menyeluruh dengan kenaikan semalaman di Wall Street.
Ringgit dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan peniaga mengambil pendekatan berhati-hati.
EPL: Teknologi ofsaid separa automatik sedang diperkenalkan
Hampir semua pengurus pasukan EPL menolak cadangan pengadil untuk mengumumkan setiap keputusan VAR menggunakan mikrofon untuk makluman peminat.
Pelarasan gaji penjawat awam: Pegawai Kumpulan Pelaksana, Pengurusan Profesional naik 15 %, pegawai tertinggi 7%
Pelaksanaan pemberian gaji akan diberikan secara berfasa iaitu fasa 1 pada 1 Disember 2024 manakala fasa 2 pula pada 1 Januari 2026.
Projek pembajaan tepat dijangka tingkat hasil 20,000 hektar jelapang
Jangkaan itu dapat dicapai kerana pemilihan kawasan bagi projek tersebut dibuat berdasarkan maklumat dan data status kesuburan tanah.
Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh
Tertuduh, Mohd Azzuan Ahmad, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember 2024
Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
#AWANInews
#AWANInews
Penerbangan United Airlines ke Rom dilencong dua hari berturut-turut
Penerbangan 507, United Airlines yang dikendalikan Boeing 777-200 dilencongkan ke Edmonton, Kanada kerana kecemasan perubatan penumpang.
MMA gesa pengawalseliaan TPA untuk bendung amalan tidak beretika
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa agar pengawalseliaan Pentadbir Pihak Ketiga (TPA) untuk membendung amalan tidak beretika.
KKM akan umum pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan
Pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan bertujuan memperkukuh dan menambah baik sistem penjagaan kesihatan di negara ini.
Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.
Dr Zaliha bentang komitmen digitalkan sistem penjagaan kesihatan di Geneva
Beliau berkata komitmen itu dinyatakan bagi meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan di negara ini.
Penjagaan paliatif perlu diperluas untuk semua - Khairy
Khairy berkata golongan profesional penjagaan kesihatan harus mempunyai kefahaman asas mengenai bagaimana mengenal pasti pesakit yang memerlukan penjagaan paliatif.
RMK-12: Kerajaan akan perkenal pelan baharu transformasi sistem penjagaan kesihatan
Pelan Rangka Tindakan Pembaharuan Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia, diperkenal sebagai hala tuju baharu sistem kesihatan negara.
Doktor kontrak: Pasukan petugas khas diharap teliti pindaan Akta Pencen
Ia bagi membolehkan pengambilan ke jawatan tetap dilakukan dengan pilihan caruman kepada KWSP dalam tempoh dua tahun untuk semua lanjutan kontrak yang diberi.
COVID-19: Keyakinan terhadap sistem kesihatan bayangan kejayaan pelan imunisasi
Berjaya atau tidak usaha satu-satu negara melawan penyakit terletak pada tahap kepatuhan rakyat terhadap arahan dan inisiatif kerajaan.
Sistem penjagaan kesihatan Malaysia antara yang terbaik, diyakini rakyat - Ipsos
Kaji selidik tersebut mendapati tiga daripada empat rakyat Malaysia percaya sistem penjagaan kesihatan di negara ini menawarkan perkhidmatan terbaik.
Penyelidikan perubatan tradisional, komplementari masih minimum - Dr Lee
Penyelidikan saintifik mengenai perubatan tradisional tempatan adalah penting untuk pangkalan data domestik kerana ia mempunyai akar umbi sejarah dan budaya yang kukuh.