Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi melaksanakan satu sistem yang mengenakan peraturan kepada para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutamanya pelajar asing bagi memantau kegiatan militan di kalangan mereka.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata mekanisme itu perlu dilakukan bagi memastikan anasir kegiatan militan tidak menular di kalangan para pelajar yang menuntut di IPT di negara ini.
Dengan langkah itu juga, katanya, KPT dapat memberi tumpuan kepada setiap pelajar IPT terutamanya terhadap pelajar dari luar negara yang datang belajar di negara ini secara lebih teratur.
"Satu perjumpaan antara KPT dengan KDN akan diadakan bagi mendapatkan garis panduan sebelum sebarang sistem atau peraturan dibuat bersesuaian dan tidak pula akan menyusahkan sesiapa.
"Perjumpaan itu akan diadakan dalam bulan ini juga yang akan membabitkan pihak tertinggi dalam IPT dengan KDN," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Parlimen Besut yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut di sini hari ini.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 8,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk wakil rakyat, pensyarah, pelajar IPT dan penduduk tempatan.
Idris diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin lalu yang mengesahkan dua daripada penyerang krisis tebusan sebuah restoran di Dhaka, Bangladesh, Sabtu lepas, pernah belajar di Universiti Monash di Sunway.
Namun Khalid berkata polis tidak dapat mengesahkan jika mereka adalah penyerang ataupun mangsa.
Mengulas lanjut Idris menganggap masalah kegiatan militan amat serius dan perlu dibendung segera agar tidak menular di kalangan warga IPT.
Katanya sebelum ini pemantauan memang telah dibuat, tetapi diharapkan melalui sistem yang bakal dilaksanakan itu, pemantauan terhadap kegiatan militan itu di kalangan para penuntut IPT dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Bernama
Fri Jul 08 2016
IDRIS: Perjumpaan akan diadakan dalam bulan ini, dengan turut membabitkan pihak tertinggi dalam IPT dan KDN.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksana ketika saya jadi PM - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tuduhan dilemparkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelupusan hutang peneroka FELDA merupakan pembohongan besar.
Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda
Idris menerima keputusan Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti beliau.
Penyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun
Penyata hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi 2022 akan dibentangkan selewat-lewatnya hujung Jun ini.
Malaysia-Indonesia capai resolusi kurang kadar kemiskinan, model Felda akan jadi contoh
Malaysia dan Indonesia telah mencapai satu resolusi untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Asia Tenggara serta meningkatkan sekuriti makanan di rantau ini.
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Felda beri impak kepada aliran tunai
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjumlah RM8.3 bilion yang selesai dilaksanakan pada tahun 2021 telah memberi impak besar kepada aliran tunai Felda.
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
PRU15: Idris umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda
Keputusan untuk tidak bertanding pada PRU diambil sejak 2013 bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti.
PRU15: Idris Jusoh serah kepada parti tentukan pencalonan
Tan Sri Idris Jusoh menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO, untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Besut yang disandangnya.
Dewan Rakyat: Kerjasama pelbagai agensi diperkukuh elak penipuan visa furada berulang - Idris
Bagi musim haji 2022, TH telah memberikan lesen kepada 22 syarikat PJH dan THTS untuk mengendalikan pakej haji.