KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa menambah baik sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) dari semasa ke semasa bagi memastikan ia mesra pegguna.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya sentiasa mengadakan sesi perbincangan bersama agensi berkaitan dalam usaha menambah baik sistem terbabit.
"Kita mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberi maklum balas dan teguran terhadap sistem JPJeBid ini dan hasil perbincangan ini, kita akan cadangkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas meninjau Op Sepadu JPJ di Plaza Tol Batu di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kekecewaan seorang selebriti lelaki terhadap sistem JPJeBid dan tindakan 'scalper' atau pembeli hantu dalam proses membida nombor kenderaan yang disifatkannya menyusahkan orang lain.
Aedy Fadly turut mengakui sistem tersebut akan mengalami gangguan apabila aliran kemasukan pengguna dalam talian tinggi terutamanya melibatkan nombor yang dibida adalah istimewa.
"Contohnya nombor pendaftaran FF dan M_M ini, aliran trafik terlalu luar biasa pada 30 minit terakhir sebelum bidaan itu ditutup...tetapi bagi siri nombor pendaftaran dalam bidaan JPJ, ini tidak berlaku," katanya.
JPJ sebelum ini menawarkan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) prefiks M (hadapan) dan sufiks M (belakang) iaitu siri M_M sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66.
Terdahulu, Aedly Fadly meninjau operasi sepadu yang dilaksanakan bermula 8 malam hingga 12 tengah malam tadi dengan 4,640 kenderaan diperiksa.
Aedly Fadly berkata sebanyak 746 saman dikeluarkan dengan kesalahan tertinggi melibatkan tidak memiliki lesen memandu.
"Kita turut menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang memandu tanpa lesen bersama adik kembarnya dan mereka memberikan alasan mahu menghantar telefon bimbit ibunya yang bekerja di Kepong, Kuala Lumpur.
"Kita memanggil ibu bapa pasangan kembar itu untuk tindakan lanjut dan kenderaan milik ibunya itu disita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
JPJ sentiasa mengadakan sesi perbincangan bersama agensi berkaitan dalam usaha menambah baik sistem terbabit.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sistem JPJeBID sentiasa ditambah baik - JPJ
JP sentiasa menambah baik sistem JPJeBid dari semasa ke semasa bagi memastikan ia mesra pegguna.
JPJ diarah perbaiki sistem JPJeBid - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperbaiki sistem JPJeBid yang berdepan kekangan kapasiti pada waktu puncak.
Nombor pendaftaran DEL 7 dijual hampir RM100,000
Sementara itu, nombor pendaftaran DEL 6 dijual dengan harga RM66,000 dan DEL 9 (RM64,559).
JPJ sasar kutipan RM2.5 juta bidaan nombor pendaftaran JUN
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor menyasarkan kutipan RM2.5 juta bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri JUN.
Nombor siri DDV 1 catat bidaan tertinggi, hasil kutipan cecah RM1.98 juta
Ia merupakan kutipan tertinggi siri nombor pendaftaran semenjak JPJeBID diperkenalkan bagi Kelantan.
Nombor plat PPD1 dibida pada harga RM120,000
Siri PPD telah dibuka bagi tempahan bermula 19 September lalu sehingga Isnin lalu sebelum pembida yang berjaya diumumkan semalam
JPJ Perak kutip RM3.4 juta bidaan nombor pendaftaran ALL
JPJ Perak mengutip hasil bidaan lebih RM3.4 juta bagi siri nombor pendaftaran ALL selama lima hari bermula Khamis lepas sehingga semalam.
740 bida nombor pendaftaran kenderaan siri 'ALL' pada hari pertama
Kutipan bidaan tempahan bagi nombor pendaftaran siri itu melalui Sistem JPJeBid yang dibuka selama lima hari itu hampir mencecah sasaran pada hari pertama iaitu melebihi RM900,000.
JPJeBid Perak buka bidaan nombor plat ALL Khamis ini
Proses bidaan dalam talian itu pertama kali diperkenalkan di negeri ini dan dibuka selama lima hari bermula Khamis ini pada jam 12 tengah malam hingga 23 September depan jam 11.59 malam.
JPJ Kelantan kutip RM1.04 juta bidaan nombor pendaftaran DDP
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengutip hasil bidaan lebih RM1.04 juta bagi siri nombor pendaftaran DDP.