PUTRAJAYA: SIS Forum (Malaysia) memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan dalam usaha terakhir membatalkan fatwa dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor yang melabelkan organisasi itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
Organisasi itu dan seorang daripada pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar memfailkan permohonan tu pada 14 April lepas, untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuannya bagi membatalkan fatwa tersebut.
Dalam kes sivil, litigan perlu mendapatkan kebenaran sebelum boleh meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan mojoriti 2-1, menolak rayuan SIS Forum untuk membatalkan fatwa itu.
Mereka telah merayu ke Mahkamah Rayuan selepas semakan kehakiman mereka ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 27 Ogos 2019.
Fatwa yang diwartakan oleh kerajaan Negeri Selangor pada 31 Julai 2014 itu telah mengisytiharkan bahawa SIS Forum, mana-mana individu, serta kumpulan yang mengamalkan fahaman menyeleweng liberalisme dan pluralisme, telah menyeleweng daripada ajaran Islam.
Fatwa itu juga mengarahkan mana-mana penerbitan yang mengandungi pandangan liberal dan plural terhadap Islam hendaklah diharamkan dan dirampas serta mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menapis laman web sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 15 Mei untuk pengurusan kes bagi permohonan kebenaran merayu tersebut.
Dalam notis usul memohon kebenaran itu, kumpulan berkenaan telah mencadangkan 10 persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Antara persoalannya adalah sama ada fatwa, yang pernah dikeluarkan dalam Warta di bawah Seksyen 48(6), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, adalah satu bentuk undang-undang subsidiari dan/atau perundangan yang diwakilkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
![SIS Forum ke Mahkamah Persekutuan untuk batal fatwa SIS Forum ke Mahkamah Persekutuan untuk batal fatwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663585803_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan mojoriti 2-1, menolak rayuan SIS Forum untuk membatalkan fatwa itu. -Gambar fail/Bernama
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716981193_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
![Rayuan SIS Forum terhadap fatwa menyeleweng daripada ajaran Islam didengar 27 Feb Rayuan SIS Forum terhadap fatwa menyeleweng daripada ajaran Islam didengar 27 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663585803_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Rayuan SIS Forum terhadap fatwa menyeleweng daripada ajaran Islam didengar 27 Feb
Ia untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor pada 2014 yang mengisytiharkannya sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
![SIS Forum dibenar merayu fatwa diisytiharkan sesat SIS Forum dibenar merayu fatwa diisytiharkan sesat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692613247_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
SIS Forum dibenar merayu fatwa diisytiharkan sesat
SIS Forum memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor yang mengisytiharkannya sesat.
![Mahkamah Persekutuan tetap 21 Ogos dengar permohonan kebenaran merayu SIS Forum Mahkamah Persekutuan tetap 21 Ogos dengar permohonan kebenaran merayu SIS Forum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685522163_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan tetap 21 Ogos dengar permohonan kebenaran merayu SIS Forum
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos ini untuk mendengar permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk mendapatkan kebenaran merayu.
![SIS Forum ke Mahkamah Persekutuan untuk batal fatwa SIS Forum ke Mahkamah Persekutuan untuk batal fatwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663585803_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
SIS Forum ke Mahkamah Persekutuan untuk batal fatwa
Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan mojoriti 2-1, menolak rayuan SIS Forum untuk membatalkan fatwa itu.
![Mahkamah tangguh keputusan SIS Forum cabar enakmen agama Islam Selangor Mahkamah tangguh keputusan SIS Forum cabar enakmen agama Islam Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631285557_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah tangguh keputusan SIS Forum cabar enakmen agama Islam Selangor
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan berhubung tindakan undang-undang oleh SIS Forum untuk mencabar peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.