PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menangguhkan keputusan berhubung tindakan undang-undang oleh Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk mencabar peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah negeri untuk mengkaji semula fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri.
Panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menangguhkan keputusan itu selepas mendengar hujah daripada peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili SIS selaku pempetisyen dan Penasihat Undang-Undang Selangor Datuk Salim Soib@Hamid yang mewakili kerajaan negeri Selangor selaku responden.
Peguam Zainur Zakaria dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang bertindak bagi pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selaku pencelah juga berhujah pada prosiding yang dijalankan secara maya itu.
"Kami akan CAV (curia advisari vult) perkara ini. Kami tangguhkan kes ini," kata Hakim Tengku Maimun.
Panel itu turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zaleha Yusof, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Pada 22 Sept tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada SIS untuk meneruskan tindakan perundangannya di Mahkamah Persekutuan menerusi Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan.
SIS memohon kebenaran itu untuk mendapatkan satu deklarasi bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah tidak sah.
Seksyen 66A menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, menggunakan bidang kuasanya untuk mendengar dan membenarkan permohonan bagi semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa dalam menjalankan tugas di bawah Enakmen ini.
Terdahulu, Malik Imtiaz berhujah kuasa semakan kehakiman adalah intrinsik dan wujud dalam kuasa kehakiman mahkamah sivil.
"Kuasa ini diberikan secara eksklusif di mahkamah sivil. Kuasa tersebut hanya boleh dilaksanakan oleh mahkamah yang ditubuhkan di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang dinyatakan dalam kes Indira Gandhi, Mahkamah Syariah bukanlah mahkamah seperti itu dan oleh itu tidak boleh menggunakan kuasa semakan kehakiman," kata peguam itu.
SIS memfailkan permohonan itu pada Januari lepas dan menamakan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
Pada 27 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman SIS untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Nordin Hassan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan hukum syarak dalam Undang-Undang Syariah sambil menambah bahawa isu fatwa mempunyai kaitan dengan Undang-Undang Syariah dan terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.
Beliau berkata Seksyen 66A adalah ruang untuk memohon semakan kehakiman terhadap jawatankuasa fatwa di Mahkamah Tinggi Syariah.
Bagaimanapun, rayuan SIS terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman pertubuhan itu belum selesai di Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021

Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan berhubung tindakan undang-undang oleh SIS Forum untuk mencabar peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. - Gambar hiasan

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Rayuan SIS Forum terhadap fatwa menyeleweng daripada ajaran Islam didengar 27 Feb
Ia untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor pada 2014 yang mengisytiharkannya sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.

SIS Forum dibenar merayu fatwa diisytiharkan sesat
SIS Forum memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor yang mengisytiharkannya sesat.

Mahkamah Persekutuan tetap 21 Ogos dengar permohonan kebenaran merayu SIS Forum
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos ini untuk mendengar permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk mendapatkan kebenaran merayu.

SIS Forum ke Mahkamah Persekutuan untuk batal fatwa
Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan mojoriti 2-1, menolak rayuan SIS Forum untuk membatalkan fatwa itu.

Mahkamah tangguh keputusan SIS Forum cabar enakmen agama Islam Selangor
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan berhubung tindakan undang-undang oleh SIS Forum untuk mencabar peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.