KUALA LUMPUR: Bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar boleh mengemukakan permohonan semakan di mahkamah menerusi peguam berkaitan sabitan hukuman mati ke atasnya bagi kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, proses ekstradisi boleh dilakukan sekiranya sabitan hukuman mati berubah kepada hukuman lain seperti penjara sepanjang hayat.
Beliau berkata, langkah itu boleh dipertimbang ekoran hukuman mati mandatori boleh diubah dengan budi bicara mahkamah dan hakim seiring peraturan baharu yang diperkenalkan kerajaan.
"Oleh kerana status Sirul Azhar sudah dijatuhkan hukuman, persoalan seterusnya ialah apakah beliau melalui peguam boleh memohon agar hukuman ke atasnya itu dapat dikemukakan (semakan).
"Sekarang ada 1,267 pesalah yang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah dan kira-kira 900 lebih sudah kemuka semakan semula. Sebab sabitan tak berubah, daripada hukuman mati kepada hukuman penjara sepanjang hayat.
"Apakah Sirul Azhar mempunyai hak menerusi peguamnya? Dia boleh saja mengemukakan (permohonan) untuk ruang (semakan) ini. Kalau itu sudah dibuat, baru boleh proses ekstradisi atau umpama rayuannya berakhir dengan ada perubahan dari segi hukuman, sementara sabitan tidak berubah tetapi hukuman berubah," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Selasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini dilapor Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berbincang dengan pihak berkaitan termasuk Pejabat Peguam Negara dan mahkamah bagi memutuskan tindakan membawa pulang Sirul Azhar.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata, wujud kekangan tertentu untuk melaksanakan proses tersebut memandangkan Australia tidak mengiktiraf serta tidak mengenakan hukuman mati dalam undang-undang negara itu walaupun Malaysia dan Australia mempunyai perjanjian ekstradisi.
"Memang ada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dengan Australia. Di Malaysia, status Sirul Azhar seperti yang kita maklum, dia sudah dijatuhi hukuman mati manakala Australia sebuah negara yang tidak mengiktiraf dan tidak mengenakan hukuman mati terhadap pesalah jenayah.
“Antara syarat ekstradisi, ada banyak boleh dilaksanakan di mana kesalahan terbabit mesti ada elemen 'dual criminality', iaitu kesalahan mesti menjadi kesalahan jenayah bagi kedua-dua negara yang turut membawa hukuman sama. Jadi walaupun kita ada perjanjian ekstradisi, ia ada satu perbezaan.
“Kita juga ada banyak perjanjian 'Mutual Legal Agreement' (MLA), termasuk dengan Australia (iaitu) 'Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002'. Namun prinsip 'dual criminality' masih terpakai," jelasnya.
Sementara itu ditanya sama ada kerajaan menerima permohonan semakan daripada Sirul Azhar, beliau memaklumkan pihaknya tidak mempunyai maklumat berkenaan.
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, proses ekstradisi boleh dilakukan sekiranya sabitan hukuman mati berubah kepada hukuman lain seperti penjara sepanjang hayat. - Gambar fail
Kebakaran hutan di California: Jumlah korban meningkat kepada 10
Jumlah korban akibat kebakaran hutan terburuk dalam sejarah California terus meningkat, dengan 10 orang maut setakat ini.
Mayat ditemui di Rawang dipercayai warga asing
Mayat yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri di tepi jalan kawasan hutan, Jalan Perkuburan, Bandar Country Homes, Rawang pada Khamis lalu dipercayai milik seorang wanita warga asing.
Pantau Agenda Reformasi: Suara pencetus idelisme, perubahan rakyat
Sejauh mana kelompok anak muda terutama barisan kepimpinan bersedia menjadi ejen perubahan sebenar dalam mencetuskan idea dan perubahan demi kesejahteraan rakyat?
BHEUU tidak terima sebarang pemakluman daripada Istana Negara
BHEUU sahkan bahawa tiada sebarang dokumen tambahan berkaitan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak dalam fail atau rekod rasminya.
Belia harus fokus bangunkan negara, jangan hebat main isu remeh - PM Anwar
Anwar berkata, belia mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan tidak menumpukan pada isu-isu remeh.
Kerugian akibat jenayah komersial cecah RM3.11 bilion sepanjang tahun lepas
Jumlah kerugian akibat kesalahan jenayah komersial sepanjang tahun lepas mencecah RM3.11 bilion dengan 41,701 kertas siasatan dibuka.
Keuntungan jadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan - MFA
Langkah syarikat asing terus meningkatkan pelaburan di China mencerminkan saling untung dan sama menang menjadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara lain.
GRAB Malaysia buka peluang kepada OKU, wanita
Grab Malaysia kekal komited dalam memupuk keterangkuman, pemerkasaan ekonomi dan kemampanan, dengan memberi tumpuan kepada membuka peluang-peluang untuk direbut Orang Kurang Upaya (OKU) dan wanita dalam ekonomi gig.
Minyak Brent diunjur turun kepada USD77 setong pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menurunkan unjuran harga minyak Brent 2025 kepada US$77 setong daripada USD80 setong dan USD74 setong pada 2026 susulan unjuran permintaan yang lebih lemah pada 2025, terutamanya pada separuh pertama tahun ini.
Malaysia-India perkukuh perdagangan digital dua negara
Majlis Digital Malaysia-India (MIDC) dirasmikan bagi menerajui inisiatif dalam perdagangan digital, pertukaran teknologi termasuk mobiliti bakat antara Malaysia dan India.
Sirul Azhar boleh mohon semakan sabitan hukuman mati - Saifuddin Nasution
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, proses ekstradisi boleh dilakukan sekiranya sabitan hukuman mati berubah kepada hukuman lain seperti penjara sepanjang hayat.
Kes kematian Altantuya mungkin dibuka semula - Tommy Thomas
Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mungkin akan mengkaji semula kes pembunuhan seorang wanita Mongolia yang didakwa dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Wartawan 101 East dihalang masuk ke Malaysia kerana memudaratkan negara - KDN
Kerajaan mengambil keputusan untuk menghalang kemasukan wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley ke negara ini kerana didapati boleh memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Sirul dakwa teraniaya, saya perlu tolong - Dr Mahathir
Dr Mahathir dakwa Sirul teraniaya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Saya hanya tanya siapa keluar perintah kepada Sirul - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata, tidak adil jika Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri dikenakan hukuman bunuh kerana mereka hanya mengikut arahan.
PKR lancar kempen laporan polis untuk gesa buka semula kes Altantuya
PKR akan melancarkan 'kempen laporan polis' secara besar-besaran, untuk mendesak pihak PDRM membuka semula siasatan ke atas kes pembunuhan Altantuya.
Spekulasi pembunuhan Altantuya sudah sampai tahap tidak masuk akal - Razak Baginda
Razak Baginda berkata beliau masih tidak tahu motif pembunuhan model sambilan dan penterjemah, Altantuya Shariibuu.
Altantuya: Australia tolak permohonan hantar pulang Sirul
Australia akan menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul Azhar kerana kesalahan membunuh Altantuya.