ALOR SETAR: Aktiviti menyiram pokok durian Musang King dan Duri Hitam dengan menggunakan sumber bekalan air terawat pada waktu malam dipercayai antara punca berlakunya tekanan air rendah lebih serius di daerah Sik ketika ini.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri mengesan aktiviti itu berlaku di kawasan dusun yang terletak jauh dari sumber air seperti tali air kerana petani tiada pilihan ekoran musim kemarau di negeri ini.
"Lazimnya, kita simpan air untuk diguna sebelah pagi pada waktu malam, pada pukul 1 hingga 6 pagi waktu orang tidur, air akan berkumpul di dalam tangki.
"Kita jumpa satu trend, air menyusut pada waktu itu dan kita menyimpulkan ada aktiviti penyiraman serta simpan air di dusun untuk siram pokok durian," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hamper sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan di Sik.
Muhammad Sanusi berkata penduduk akan terus menanggung gangguan bekalan air sepanjang masa akibat perbuatan itu.
"Air terawat kosnya tinggi, walaupun dia (petani) bayar bil itu tetapi menyebabkan sistem (bekalan air) kita mengalami penurunan tekanan," katanya.
Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mengharapkan pihak yang mengusahakan tanaman pokok durian mencari alternatif untuk menyiram pokok tanpa menggunakan bekalan air terawat untuk kegunaan penduduk.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata setakat ini dua premis judi di Baling menamatkan operasi selepas kerajaan negeri tidak memperbaharui lesen kedua-duanya.
Beliau berkata lebih 50 premis judi di negeri ini akan menamatkan operasi secara berperingkat tahun ini apabila kerajaan negeri membuat keputusan untuk tidak memperbaharui lesen berkuat kuasa serta-merta pada November lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

Muhammad Sanusi mengharapkan pihak yang mengusahakan tanaman pokok durian mencari alternatif untuk menyiram pokok tanpa menggunakan bekalan air terawat. - Gambar/ Bernama
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Siram pokok durian guna air terawat punca gangguan air di Sik
Kerajaan negeri mengesan aktiviti itu berlaku di kawasan dusun yang terletak jauh dari sumber air.