KUALA LUMPUR: Kewujudan media sosial seperti TikTok bukan sahaja menjadi platform kepada masyarakat mempamerkan bakat dan kreativiti dalam berkarya, malah dapat memberi manfaat dalam kelebihan berkomunikasi dan bersosial.
Melalui aplikasi itu, pensyarah Ridzuan Khalid, 39, terus aktif berkongsi segala aktiviti hariannya terutamanya selepas berjinak-jinak dalam bidang penternakan lembu di Felda Bukit Kepayang, Bera, Pahang sejak Mac 2021.
Usaha pensyarah bidang perhotelan di Kolej Komuniti Rompin itu ternyata bukan sahaja menarik perhatian penuntutnya bahkan pengguna TikTok lain sekali gus 'membuka mata' orang ramai khususnya golongan belia untuk menceburi kerjaya tidak 'glamor' itu.
"Asalnya, akaun itu dibuka untuk menilai tugasan yang diberikan kepada penuntut saya bagi subjek keusahawanan terutamanya dalam aspek kebolehan menonjolkan diri mereka.
"Jadi, saya ambil pendekatan sama dengan memuat naik video agar mereka boleh jadikannya sebagai rujukan, ditambah pula ketika itu saya banyak menghabiskan masa di kandang lembu," katanya kepada Bernama.
Tanpa disangka-sangka, Ridzuan berkata inisiatifnya itu mendapat maklum balas sangat positif terutamanya golongan muda dan ada yang menghubunginya bertanyakan cara untuk bermula dan menternak lembu.
"Jadi, apa yang saya lakukan ini bertujuan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan. Jangan rasa malu dan segan, bidang ini mempunyai masa depan yang sangat cerah dengan pasaran yang tinggi dan luas," katanya yang mempunyai hampir 37,000 pengikut di platform media sosial itu.
Ridzuan yang juga digelar 'Sir Ladang' dalam kalangan pengikut di TikTok, memilih untuk menceburi bidang ternakan lembu selepas menyedari potensinya yang semakin berkembang sekali gus membantu menjana pendapatan sampingan.
Pada masa sama, katanya, ia juga dilakukan bagi menghargai pengorbanan adiknya, Hanafi Khalid, 35, yang sanggup menetap di kampung halaman bagi menjaga kedua ibu bapa mereka.
"Kami bermula dengan modal permulaan RM10,000 bagi tujuan membina kandang dan membeli tiga ekor lembu. Selepas melihat potensinya, saya membuat keputusan untuk melabur wang simpanan dengan membeli 12 ekor lembu lagi dan merancang untuk menambahnya hingga 30 ekor tahun ini.
"Walaupun ada permintaan, buat masa ini kami masih dalam fasa belajar, mengenali dan membiak lembu. Bagaimanapun, kami sudah mula menerima tempahan bagi tujuan ibadah korban tahun ini," katanya yang membantu menguruskan ladangnya selepas waktu bekerja dan hujung minggu.
Mengakui tiada asas dan pengetahuan dalam soal penternakan dan penjagaan lembu, Ridzuan dan Hanafi mengambil inisiatif menimba ilmu daripada pengusaha ladang lembu berpengalaman di kampungnya selain mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
"Jujurnya, bidang ini memang sangat mencabar apatah lagi untuk kami yang memang zero knowledge. Jadi, apa yang kami buat adalah dengan mencari penternak lembu yang berpengalaman termasuk menonton video di YouTube untuk belajar cara mengendalikan dan menguruskan ladang," katanya.
Jelas anak kelima dari sembilan adik beradik itu, walaupun mempunyai pekerjaan tetap dan stabil, bidang penternakan lembu memberikannya kepuasan berbeza.
"Bila mengajar, saya puas jika anak didik berjaya tetapi bila 'bermain' dengan alam ia memberi keseronokan tersendiri sehingga mampu menghilangkan tekanan kerja. Ia bagaikan satu terapi buat saya lebih-lebih lagi bila lembu-lembu ini semakin jinak dan manja bahkan kenal saya sebagai tuan mereka," katanya yang merancang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang hospitaliti dan pelancongan pada 2023.
Dalam pada itu, Ridzuan juga bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaannya itu dengan menjadi pembekal daging segar dalam tempoh lima tahun akan datang selain mengusahakan ladang sayur-sayuran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
!['Sir Ladang' kongsi rutin jadi penternak lembu di TikTok, beri inspirasi kepada anak muda 'Sir Ladang' kongsi rutin jadi penternak lembu di TikTok, beri inspirasi kepada anak muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642470220_sirladang.jpg)
Ridzuan terus aktif berkongsi segala aktiviti hariannya terutamanya selepas berjinak-jinak dalam bidang penternakan lembu sejak Mac 2021. - Foto TikTok/@sirladang
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737772254_NikRosAzhanNikAb.jpg)
Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat
Rampasan itu dilakukan selepas anggota PGA menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun.
![Penunggang motosikal maut langgar lembu berkeliaran Penunggang motosikal maut langgar lembu berkeliaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704772625_mayat.jpg)
Penunggang motosikal maut langgar lembu berkeliaran
Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu berkeliaran.
![Korea Selatan sahkan kes baharu LSD Korea Selatan sahkan kes baharu LSD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730196807_LSD.jpg)
Korea Selatan sahkan kes baharu LSD
Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang lembu di Wonju, 86 kilometer tenggara Seoul.
![Penyeludup lari tinggalkan 26 ekor lembu Penyeludup lari tinggalkan 26 ekor lembu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728867875_penyeludup.jpg)
Penyeludup lari tinggalkan 26 ekor lembu
Penyeludup terbabit meninggalkan sebanyak 26 ekor lembu dianggarkan bernilai RM130,000.
![Penguat kuasa serbu hospital gara-gara lembu berkeliaran Penguat kuasa serbu hospital gara-gara lembu berkeliaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707453185_TBRizamjpg.jpg)
Penguat kuasa serbu hospital gara-gara lembu berkeliaran
Haiwan ternakan itu dikesan berkeliaran di kawasan hospital itu pada waktu malam sejak sebulan lalu.
![DVS tarik balik arahan gantung import lembu, kerbau dari Australia DVS tarik balik arahan gantung import lembu, kerbau dari Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687164076_lembu.jpg)
DVS tarik balik arahan gantung import lembu, kerbau dari Australia
DVS telah menarik balik arahan penggantungan import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia, berkuatkuasa serta-merta.
![LSD: Australia uji ternakan lembunya susulan pemberhentian import Indonesia LSD: Australia uji ternakan lembunya susulan pemberhentian import Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687164076_lembu.jpg)
LSD: Australia uji ternakan lembunya susulan pemberhentian import Indonesia
Australia sedang menguji ternakan lembunya untuk penyakit kulit berketul (LSD) selepas Indonesia menghentikan import haiwan itu dari empat fasilitinya kerana bimbang penularan wabak.
![Penternak syak lembu dibaham harimau Penternak syak lembu dibaham harimau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689252838_Genericharimauti.jpg)
Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."
![Umat Islam di UK bayar hingga RM2,000 satu bahagian lembu Umat Islam di UK bayar hingga RM2,000 satu bahagian lembu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687999129_AliasSidek.jpg)
Umat Islam di UK bayar hingga RM2,000 satu bahagian lembu
Bagi seekor kambing biri-biri pula, harga ditetapkan adalah sekitar RM1,600.
![Penternak lembu di Batu Gajah bimbang kes ternakan dicuri semakin berleluasa Penternak lembu di Batu Gajah bimbang kes ternakan dicuri semakin berleluasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684662579_lembu.jpg)
Penternak lembu di Batu Gajah bimbang kes ternakan dicuri semakin berleluasa
Mereka dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM1.3 juta, apabila lebih 260 ekor lembu mereka hilang.