SINGAPURA: Singapura akan menyambung semula perkhidmatan bas dan teksi rentas sempadan untuk pengembara lengkap vaksinasi mulai 1 Mei, berikutan pembukaan semula sempadan darat antara kedua-dua negara, menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) bagi COVID-19.
"Apabila kami menyambung semula perkhidmatan pengangkutan persendirian merentasi sempadan darat Singapura dan Malaysia pada awal bulan ini, kami berjanji akan membenarkan lebih banyak mod pengangkutan secara beransur-ansur," kata pengerusi bersama MTF Gan Kim Yong pada sidang media secara maya hari ini.
Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Industri berkata Singapura akan memulihkan perkhidmatan rentas sempadan antara Singapura dan Johor Bahru.
Sementara itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memaklumkan perkhidmatan bas rentas sempadan merangkumi Perkhidmatan 160, 170 dan 170X yang dikendalikan oleh SBS Transit Ltd, Perkhidmatan 950 oleh SMRT Buses Ltd, dan Perkhidmatan TS1, TS3, TS6 dan TS8 di bawah kelolaan Transtar Travel Pte Ltd.
Perkhidmatan ini tidak beroperasi sejak Mac 2020.
Waktu operasi perkhidmatan 160, 170, 170X dan 950 adalah antara 5.20 pagi dan 12.30 pagi dengan kadar kekerapan yang sama seperti pra-COVID sebelum ini.
Mengenai perkhidmatan teksi rentas sempadan, LTA memaklumkan pihaknya bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya di Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia (APAD).
"Pengunjung yang ingin mengembara ke Johor boleh menaiki teksi di terminal teksi Queen Street atau menempah teksi menerusi perkhidmatan teksi rentas sempadan berlesen," katanya.
Susulan perkhidmatan bas rentas sempadan beroperasi semula, Perkhidmatan Bas Perjalanan Bervaksin sedia ada dikendalikan Transtar Travel Pte Ltd dan Handal Indah Sdn Bhd akan ditamatkan pada 1 Mei 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Singapura akan menyambung semula perkhidmatan bas dan teksi rentas sempadan untuk pengembara lengkap vaksinasi mulai 1 Mei. - Gambar fail/BERNAMA
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
15 ditahan kes masak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands
Polis menahan 15 individu berkaitan kes tular yang dipercayai melakukan aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.
Berdepan masalah jantung, Uyaina Arshad pilih bersalin secara pembedahan
Pasangan selebriti Uyaina Arshad melahirkan rasa syukur apabila dia sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu.
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
Malaysia dukacita tragedi timpa Presiden Iran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir rasa hiba dan sedih di atas khabar Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas.
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Polis siasat serangan bersifat rambang atau terkoordinasi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sama ada beberapa insiden melibatkan keselamatan institusi penting negara dan yang membabitkan Ahli Parlimen sejak beberapa hari lepas adalah tindakan rambang atau rancangan terkoordinasi.
Pengurusan jenazah suspek serangan balai polis tidak boleh dilakukan di masjid, surau
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor putuskan pengurusan jenazah suspek insiden serangan balai polis Ulu Tiram dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.
Garis panduan penapisan filem baharu diperkenal
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan pada Isnin bagi memastikan penggiat seni menghasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif melibatkan masyarakat negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iailah keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iailah keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Johor cadang tambah gerabak KTMB JB Sentral - MB
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah bilangan gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Johor Bahru Sentral (JB Sentral).
Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031
Projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka akan beroperasi secara komersial pada tahun 2031, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Syed Saddiq mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura dan Taiwan
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memfailkan permohonan bagi pelepasan sementara pasportnya untuk membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.