SINGAPURA akan mengkaji secara teliti mengenai cadangan Malaysia untuk membina laluan ketiga bagi menghubungkan Johor dengan Singapura melalui Pulau Ubin apabila ia dikemukakan.
Setakat ini, Singapura belum menerima sebarang cadangan rasmi mengenainya dari Malaysia.
"Jika kita telah menerima cadangan itu, agensi berkaitan pasti akan mengkajinya secara teliti," menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Desmond Lee, dalam catatan di laman Facebook beliau semalam.
Lee, yang juga Menteri Kedua Pembangunan Negara, telah berada di Pulau Ubin bagi mesyuarat sukuan dengan anggota Friends of Ubin Network (FUN).
Beliau telah ditanya mengenai laporan bahawa Johor akan mengkaji kemungkinan laluan ketiga itu semasa luar mesyuarat tersebut.
"Saya menjelaskan bahawa kita tidak menerima cadangan Malaysia dan tidak mempunyai butiran mengenainya," katanya dalam catatan itu.
Lee memberi jaminan kepada anggota FUN yang menjalankan Projek Ubin, termasuk kajian pemuliharaan rumah-rumah kampung.
"Kita akan mengekalkan Pulau Ubin yang kedesaan dan melindungi warisan serta biodiversitinya," menurutnya.
Pada 30 Ogos lepas, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata kerajaan Johor berhasrat untuk membina laluan ketiga itu bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Bagaimanapun, beliau berkata cadangan tersebut perlu terlebih dahulu dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk dipertimbangkan.
Rancangan berkenaan bertujuan menghubungkan Pengerang, Johor dengan Pulau Ubin, Singapura menerusi jambatan sepanjang tiga kilometer dan sebuah terowong dasar laut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 01 2018
![Singapura akan kaji laluan ketiga sebaik terima cadangan Malaysia Singapura akan kaji laluan ketiga sebaik terima cadangan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442070675_CAUSEWAY.jpg)
Pada 30 Ogos lepas, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata kerajaan Johor berhasrat untuk membina laluan ketiga itu bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Linkedua. - EPA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Singapura bakal perkenal RUU bolehkan akad nikah dijalankan semasa pandemik COVID-19 Singapura bakal perkenal RUU bolehkan akad nikah dijalankan semasa pandemik COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71587898044_DesmondLee.jpg)
Singapura bakal perkenal RUU bolehkan akad nikah dijalankan semasa pandemik COVID-19
Membolehkan upacara akad nikah dalam perkahwinan orang Islam dilangsungkan secara jarak jauh menggunakan teknologi.
![Singapura akan kaji laluan ketiga sebaik terima cadangan Malaysia Singapura akan kaji laluan ketiga sebaik terima cadangan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442070675_CAUSEWAY.jpg)
Singapura akan kaji laluan ketiga sebaik terima cadangan Malaysia
Setakat ini, Singapura belum menerima sebarang cadangan rasmi mengenainya dari Malaysia.