PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen melumpuhkan rangkaian sindiket perjudian dalam talian yang didalangi warga asing susulan beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa dan semalam, serta menahan 15 individu dengan 14 daripadanya adalah warga asing.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata serbuan pertama pada kira-kira 10 malam Selasa di sekitar Selangor, membabitkan sebuah premis yang berselindung di sebalik perniagaan snuker dengan menyediakan bilik rahsia yang diubah suai sebagai pusat perjudian.
Beliau berkata dalam serbuan itu, pihak imigresen menahan tiga lelaki Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh yang dipercayai dalang sindiket.
Katanya turut ditahan dua wanita Indonesia masing-masing berumur 25 dan 40 tahun yang bekerja sebagai operator mesin perjudian di premis berkenaan selain didapati tidak memiliki sebarang pas yang sah, dan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dipercayai penyelia yang juga penjaga premis berkenaan.
"Pelanggan yang ingin memasuki bilik rahsia berkenaan mesti mempunyai kod rahsia yang ditetapkan oleh sindiket terbabit," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ruslin berkata serbuan seterusnya dibuat di beberapa premis di Kuala Lumpur melibatkan penahanan enam lelaki Bangladesh, seorang lelaki Nepal dan seorang wanita Indonesia.
Menurutnya dalang yang berusia 40 tahun itu memiliki Pas Lawatan Sosial Suami kerana berkahwin dengan wanita tempatan selain turut mempunyai syarikat perkhidmatan yang telah beroperasi hampir dua tahun.
Katanya antara yang dirampas dalam serbuan tersebut adalah 46 komputer, 37 pasport milik individu berkenaan dan individu lain, selain wang tunai sebanyak RM114,450 dipercayai hasil aktiviti perjudian.
"Berdasarkan jumlah wang tunai yang dirampas jabatan percaya sindiket ini mampu meraih keuntungan sekitar RM1.3 hingga RM1.5 juta setahun," katanya.
Ruslin berkata kesemua warga asing yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan mereka ditahan di Depot Imigresen, manakala lelaki warga tempatan direman tiga hari bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Beliau berkata dalam serbuan itu, pihak imigresen menahan tiga lelaki Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh yang dipercayai dalang sindiket. - Gambar Bernama
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Tiada kompromi, rakyat Malaysia guna laluan haram ke Thailand akan ditahan - Polis
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya kini menguatkuasakan Seksyen 5 (2) Akta Imigresen bagi mengelakkan lebih banyak kes jenayah termasuk penyeludupan dadah atau senjata api
Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan
Polis menyerbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Kepong dan Puchong serta menahan 48 individu termasuk warga asing dalam Op Noda baru-baru ini.
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
Dua warga Myanmar, seorang lelaki didakwa bunuh penganggur
Seorang pemandu traktor dan dua warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki minggu lepas.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Maritim Malaysia Perak tahan bot nelayan tempatan, dua nelayan warga asing
Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B kerana melakukan pelbagai kesalahan, bersama dua nelayan warga asing, di kedudukan 1.2 batu nautika barat laut Pulau Talang.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Polis tahan 15 individu disyaki terlibat dengan kegiatan pelacuran dalam Ops Noda
Polis menahan 11 wanita warga asing disyaki pelacur dan empat lelaki warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai 'penghantar' dalam serbuan di beberapa premis sekitar ibu negara, semalam.
Maritim Selangor gagalkan cubaan seludup keluar pendatang
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar pendatang di sekitar perairan Pantai Tanjung Rhu, Kuala Langat awal pagi tadi.
Imigresen Sabah tahan 61 'pelancong' haram di Semporna
Seramai 61 lelaki warga asing yang memasuki negara ini sebagai pelancong ditahan JIM dalam serbuan Operasi Mahir di Pulau Bum Bum dan Pulau Mataking dekat Semporna semalam.