PUTRAJAYA:Enam lagi individu termasuk pegawai syarikat telekomunikasi direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung kes rasuah membabitkan sindiket penipuan sistem pesanan ringkas (SMS), menjadikan 12 individu direman setakat ini berkaitan kes berkenaan.
Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 15 Nov, dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim terhadap lima lelaki dan seorang wanita yang berbaju jingga SPRM, selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.
Menurut sumber SPRM, enam individu berumur antara 34 tahun dan 49 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya antara pukul 4.45 petang semalam dan 12.30 tengah malam tadi, selepas hadir memberi keterangan.
Menurut sumber tersebut, mereka dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan, yang menggunakan pelan prabayar.
"Nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan penyelia kandungan dengan mengenakan bayaran langganan menerusi SMS, tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna," katanya.
Pada Selasa, tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar 'Datuk' direman lima hari sehingga 14 Nov berhubung kes sama, kerana disyaki memberi rasuah berjumlah jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan, bagi tujuan penipuan berkenaan.
Kemudian seorang lagi pegawai syarikat telekomunikasi direman lima hari sehingga 15 Nov dan semalam, dua lagi individu termasuk seorang ketua pegawai teknologi sebuah syarikat telekomunikasi, direman lima hari sehingga 16 Nov.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 13 2020

Pada Selasa, tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar 'Datuk' direman lima hari sehingga 14 Nov berhubung kes sama. -Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Terima rasuah: Pegawai syarikat telco direman lima hari
Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira 9 malam semalam, selepas hadir memberikan keterangan.