SEREMBAN: Trend menggunakan media sosial terutama Facebook bagi mendapatkan pelanggan dikesan dilakukan oleh sindiket penjualan kenderaan klon, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf.
Beliau berkata, sindiket terbabit secara terbuka mengiklankan kenderaan klon menerusi platform tersebut bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai tawaran harga murah, berbanding sebelum ini yakni kegiatan itu dilakukan secara sembunyi.
"Kenderaan mewah dari negara jiran diimport kerana mempunyai permintaan tinggi di negara ini. Peminat kereta mewah sanggup membelakangkan undang-undang asalkan dapat memiliki kereta impian dengan harga lebih murah.
"Kebiasaan pembeli tahu kereta tersebut merupakan kereta klon, mereka tertarik kerana harga murah berbanding di pasaran. Harga yang dijual tidak munasabah iaitu bermula RM5,000 hingga RM20,000 bagi kereta jenama seperti Honda Jazz dan Mini Cooper," katanya pada sidang media lelongan awam siri 1/2022 JPJ Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Katanya, kenderaan klon boleh memberi implikasi buruk kepada pemandu atau penumpang jika berlaku kemalangan kerana tidak dilindungi insurans dan pengguna kenderaan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Hanif Yusabra berkata, pihaknya telah menyita 64 kenderaan klon di sekitar negeri ini sejak tahun 2016 sehingga kini, menerusi operasi yang dijalankan hasil aduan orang ramai.
Beliau berkata pada tahun lepas, empat kenderaan klon iaitu tiga kereta yang terdiri daripada Suzuki Swift, Volkswagen Golf dan Toyota Grandis serta sebuah motosikal jenis RXZ telah disita.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mengadakan lelongan awam kenderaan sita melibatkan 83 kenderaan di Dewan Orang Ramai Taman Tasik Jaya, di sini pada 15 Feb ini.
Katanya, 400 buku acara lelong itu kini dijual di kaunter JPJ Seremban, Kuala Pilah dan Jempol dengan harga RM50 senaskhah.
Orang ramai boleh melihat kenderaan tersebut di Stor Simpanan Kenderaan Sita JPJ Seremban bermula 9 pagi hingga 4 petang, pada 7-10 Feb ini, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022

Hanif Yusabra Yusuf (dua, kanan) menunjukkan sebahagian kenderaan klon yang akan dilelong pada Lelongan Awam Siri 1/2022 di JPJ Cawangan Seremban hari ini. - Bernama

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Sindiket kenderaan klon guna Facebook tarik pelanggan - JPJ NS
Sindiket itu secara terbuka mengiklankan kenderaan klon bagi orang ramai mendapatkan maklumat mengenai tawaran harga murah.

JPJ Kelantan sita 157 kereta klon, sindiket jual melalui Telegram, Facebook
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah menyita 157 buah kenderaan klon di negeri ini sejak 2016, kata Pengarah JPJ Kelantan Hanif Yusabra Yusuf.

Polis tahan lelaki, rampas 10 kenderaan klon di TBS
Dalam operasi pukul 10 malam itu, pihaknya berjaya menahan suspek berusia 40-an yang memandu kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire di tempat letak kereta itu.

JPJ Kelantan rampas 64 kenderaan klon sejak Januari, majoriti pemilik penjawat awam
JPJ Kelantan menyita 64 pelbagai kenderaan klon sepanjang Januari hingga September tahun ini, dengan majoriti pemiliknya adalah penjawat awam.

65 kenderaan klon disita di Selangor
Honda Odyssey paling banyak diklonkan selain kenderaan lain seperti BMW, Honda, Volkswagen, Toyota, Mazda dan Subaru.

SPRM, JPJ sita 153 kenderaan 'klon' bernilai lebih RM13 juta
Hasil kerjasama SPRM dan JPJ telah membawa kepada penyitaan sebanyak 153 kenderaan yang diklon.