KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 52 individu yang disyaki terlibat dengan sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dalam Operasi Vulture di empat negeri sejak 7 Sept hingga semalam.
Kesemua suspek berusia lingkungan 15 hingga 58 tahun yang terdiri daripada 46 lelaki dan enam wanita termasuk seorang warga Vietnam ditahan di Tangkak dan Iskandar Puteri di Johor; Kuantan di Pahang; Kuala Terengganu dan Alor Setar, Kedah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibupejabat Polis Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata siasatan pihaknya mendapati kesemua suspek adalah anggota sindiket kumpulan 'Ah Han', 'Ah Sing' dan 'Jimmy'.
Beliau berkata sindiket ini dikesan aktif menjalankan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen dengan menyasarkan warga tempatan sebagai mangsa.
"Modus Operandi sindiket ini adalah dengan mengiklankan tawaran pinjaman di aplikasi media sosial seperti 'Facebook', 'WeChat dan 'WhatsApp' dan menyasarkan golongan peniaga, kakitangan kerajaan serta swasta," katanya dalam sidang media khas di sini, hari ini.
Mohd Kamarudin berkata sindiket ini memberikan kadar faedah pinjaman sebanyak 10 peratus hingga 20 peratus bagi tempoh seminggu.
"Apabila peminjam gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman, mangsa akan dihubungi oleh ahli sindiket melalui telefon dengan memberikan tekanan berbentuk ugutan dan ancaman seperti mengunjungi kediaman dan tempat kerja peminjam untuk melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan kekerasan jenayah ke atas harta benda milik peminjam.
"Ahli sindiket juga akan berpakat untuk menghubungi peminjam yang gagal melunaskan bayaran pinjaman dengan menawarkan pinjaman baru bagi menyelesaikan bayaran pinjaman terdahulu," katanya.
Beliau berkata ini bagi membolehkan ahli sindiket meneruskan kontak dengan peminjam untuk memaksa peminjam membuat bayaran berlipat kali ganda menerusi faedah yang dikenakan secara berterusan.
Katanya polis turut merampas antaranya 24 buah kenderaan pelbagai jenis, 142 telefon bimbit pelbagai jenama, 178 keping kad pelbagai bank, 25 buah buku nota mengandungi maklumat peminjam dan wang tunai berjumlah RM341,323.
Mohd Kamarudin berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400), Seksyen 29 B (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400), Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan Pembiayaan Keganasan (AMLATPUAA 2001).
"Orang ramai diminta membantu PDRM dengan menjadi mata dan telinga menyalurkan maklumat aktiviti jenayah komersial kepada PDRM melalui saluran 'CCID Scam Response Center' di talian 03-26101559/03-26101599 atau melalui aplikasi 'WhatsApp CCID Infoline' di talian 013-2111222 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021

Kesemua suspek berusia lingkungan 15 hingga 58 tahun yang terdiri daripada 46 lelaki dan enam wanita termasuk seorang warga Vietnam ditahan di Tangkak dan Iskandar Puteri di Johor; Kuantan di Pahang; Kuala Terengganu dan Alor Setar, Kedah. - Bernama

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Lelaki mengaku tidak bersalah lakukan khianat api
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini hari ini, atas dakwaan melakukan khianat dengan api pada awal Jun lepas.

Lelaki ambil upah baling bom petrol di Melaka ditahan
Suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira 9 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Kok Liang, Kuala Lumpur.

Sindiket tawar pinjaman jerat mangsa di musim perayaan
Menjanjikan tawaran pinjaman dengan kadar faedah rendah selain kelulusan segera antara taktik digunakan sindiket penipuan pinjaman menjelang musim perayaan ketika ini.

Polis Sarawak giat kesan sindiket along upah bakar rumah
Azman berkata susulan itu, tujuh suspek warga tempatan berjaya ditahan dan direman selama tujuh hari bermula 17 Julai lalu.

9 ditahan ambil upah lakukan khianat, ugutan kepada peminjam along
Sembilan termasuk suami isteri ditahan polis kerana terlibat dengan sindiket mengambil upah melakukan jenayah khianat dan mengugut peminjam yang gagal membuat bayaran kepada along.

Sindiket along: 52 individu ditahan di empat negeri
Kesemua suspek adalah anggota sindiket kumpulan 'Ah Han', 'Ah Sing' dan 'Jimmy'.

Jangan terpedaya muslihat along - Mohammad Shatar
Pakar Sosial, Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran, berkata golongan itu akan sentiasa menawarkan pinjaman mudah dan segera sambil menyasarkan golongan yang terkesan untuk dijadikan mangsa.