Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu lagi sindiket aktiviti dalam talian yang melibatkan warga China dengan penahanan 65 orang, termasuk empat wanita, dalam operasi terbaharu di Ipoh pada Rabu.
Kesemua mereka yang berumur antara 17 hingga 55 tahun ditahan dalam serbuan di dua buah rumah berkembar tiga tingkat di Gerbang Maju Rapat dalam operasi dua jam bermula 3.30 petang.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 35 orang diberkas di rumah pertama manakala di rumah kedua 30 orang.
Menurutnya, operasi itu adalah susulan dari operasi yang dijalankan di Jalan Tun Dr Ismail, Ipoh, tiga hari lalu yang berjaya memberkas 40 warga China.
"Semasa serbuan dibuat ke atas kedua-dua premis ini, Jabatan Imigresen telah merampas sebanyak 232 unit telefon bimbit, 45 komputer riba, 26 monitor komputer, 4 unit pemprosesan pusat (CPU), 1 mesin terminal kad kredit, 24 buah modem internet, 193 kad SIM baharu, 140 keping kad ATM dari pelbagai bank dari negara China, 7 keping kad kredit bank-bank dari negara China dan 47 kad pengenalan warga negara China," ujar Khairul Dzaimee.
Beliau ditemui pada sidang media khas di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Ipoh pada Khamis.
Berdasarkan penemuan resit pembelian barangan dapur dari dua pasar raya di Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen tidak menolak kemungkinan mereka adalah saki baki mereka yang berjaya meloloskan diri dari operasi di Cyberjaya pada 20 November lalu.
Siasatan awal mendapati kesemua mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tinggal lebih masa.
Menurut Khairul, setakat ini, opetasi seumpama itu berjaya menahan 941 warga China, termasuk 680 di Cyberjaya, Sabah (105), Sarawak (52) dan Ipoh (105).
Abd Razak Mohd Ali
Thu Dec 12 2019
![Sindiket aktiviti dalam talian: Lagi warga China diberkas Sindiket aktiviti dalam talian: Lagi warga China diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576161726_cina.jpg)
Jabatan Imigresen tidak menolak kemungkinan mereka adalah saki baki mereka yang berjaya meloloskan diri dari operasi di Cyberjaya pada 20 November lalu. - Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732695231_pendatangtanpaizin.jpg)
Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat
Jabatan Imigresen mengenal pasti kawasan perumahan khususnya di flat yang perlu pemantauan kerap dalam usaha membanteras kewujudan koloni pendatang asing.
![Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730445097_jejantas.jpg)
Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.
![Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722487864_kilang.jpg)
Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.
!['Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur 'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720948077_TBPORTURUTKL.jpg)
'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
![Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716620356_sindiketpelacuran.jpg)
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
![Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715268370_TBJIMJohor.jpg)
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
![Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714643018_TBKLIA.jpg)
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
![Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703304741_TBJIMwargaasing.jpg)
Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.
![Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688222550_TBLOGOIMIGRESENMSIA.jpg)
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.
![Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701749445_TBpassportterbang.jpg)
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.