Debat isu kalimah Allah antara Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad anjuran akhbar Sinar Harian yang dijadualkan hari ini dibatalkan, lapor Sinar Harian Online.
Penasihat Esekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali menjelaskan keputusan membatalkan debat tersebut dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut dan situasi terkini.
“Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian Online.
Abd Jalil berkata nasihat dan pandangan mengenai debat isu kalimah Allah telah diterima dari pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.
"Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa dan justeru itu kami mengambil keputusan ini,” katanya.
Isu kalimah Allah kembali menjadi hangat selepas Pengarang Mingguan Katolik, Herald, Lawrence Andrew membuat kenyataan pada Disember lepas yang menegaskan gereja katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.
Akibat kenyataan itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, (PERKASA) Selangor membuat laporan polis terhadap Lawrence.
Isu ini bertambah hangat, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim dan merampas 351 kitab Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban kerana menggunakan kalimah Allah.
Astro Awani
Mon Jan 27 2014
![Sinar Harian batalkan debat isu kalimah Allah antara Noh Omar dan Khalid Samad Sinar Harian batalkan debat isu kalimah Allah antara Noh Omar dan Khalid Samad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/41390792663_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker' Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723551465_TBJEJAKPANDA.jpg)
Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker'
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan melayan cabaran debat terbuka yang dibuka Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selain menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Machang itu sebagai attention seeker.
![Jom kita berdebat, kata Rafizi kepada Wan Ahmad Fayhsal Jom kita berdebat, kata Rafizi kepada Wan Ahmad Fayhsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723215510_TBMASHRAFISIFAYHSAL.jpg)
Jom kita berdebat, kata Rafizi kepada Wan Ahmad Fayhsal
Rafizi Ramli mempelawa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk berdebat.
![Trump setuju debat dengan Kamala Harris pada 4 Sept Trump setuju debat dengan Kamala Harris pada 4 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722664895_USElectionKamala.jpg)
Trump setuju debat dengan Kamala Harris pada 4 Sept
Trump berkata beliau mencapai persetujuan dengan Fox News untuk mengadakan debat dengan Harris pada 4 Sept di Pennsylvania.
![Biden hampir tidak mampu bercakap sebelum debat dengan Trump - Laporan Biden hampir tidak mampu bercakap sebelum debat dengan Trump - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719543834_JoeBiden.jpg)
Biden hampir tidak mampu bercakap sebelum debat dengan Trump - Laporan
Pada Jumaat, Biden berkata dalam wawancara dengan ABC News bahawa beliau sakit dan merasa sangat teruk semasa perdebatan itu.
![Calon Presiden Iran kemuka hujah ekonomi dalam siri debat pertama Calon Presiden Iran kemuka hujah ekonomi dalam siri debat pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718669863_TBDEBATETEHRAN.jpg)
Calon Presiden Iran kemuka hujah ekonomi dalam siri debat pertama
Ia menjelang Pilihan Raya Presiden 28 Jun ini susulan nahas helikopter bulan lalu yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi.
![Pilpres 2024: Bangunkan lebih banyak fakulti kedoktoran antara janji calon Pilpres 2024: Bangunkan lebih banyak fakulti kedoktoran antara janji calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700002430_Pemilu.jpg)
Pilpres 2024: Bangunkan lebih banyak fakulti kedoktoran antara janji calon
Calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berjanji akan membangunkan 300 fakulti kedoktoran jika terpilih memegang jawatan tersebut.
![Malaysia bawa suara rakyat Palestin ke Debat PBB, 23 Jan ini Malaysia bawa suara rakyat Palestin ke Debat PBB, 23 Jan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698320696_wismaputra.jpg)
Malaysia bawa suara rakyat Palestin ke Debat PBB, 23 Jan ini
Demi menunjukkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada Palestin, Malaysia akan menghantar delegasi ke Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan PBB.
![Pemilu 2024: Calon presiden Indonesia sertai debat ketiga Pemilu 2024: Calon presiden Indonesia sertai debat ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704761940_TBMASHUP.jpg)
Pemilu 2024: Calon presiden Indonesia sertai debat ketiga
Ketiga-tiga calon Presiden itu mengutarakan pandangan mereka mengenai pelbagai isu semasa membabitkan pertahanan, geopolitik dan diplomasi.
![Isham sahut cabaran Ahmad Zahid untuk berdebat Isham sahut cabaran Ahmad Zahid untuk berdebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696800699_TBZahidHamidi.jpg)
Isham sahut cabaran Ahmad Zahid untuk berdebat
Menurut Isham, beliau meletakkan syarat bahawa debat itu mesti berlangsung di gelanggang yang neutral.
![Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695853757_FahmiFadzil.jpg)
Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi
Perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.