KOTA BHARU: Sikap kurang ambil peduli terhadap masalah pendengaran pada peringkat awal dalam kalangan warga emas menyebabkan golongan itu berisiko menghidap penyakit nyanyuk (dementia).
Ketua Pegawai Eksekutif Eartistic Sdn Bhd, Dr Nur Shasa 'Ain Abdul Aziz berkata masalah pendengaran juga menyebabkan golongan itu kurang berkomunikasi, rasa terasing, kecewa, tidak yakin dan sukar bersosial.
"Gangguan ini berlaku secara beransur-ansur mengikut tahap serta bacaan desibel terhadap frekuensi bunyi dan ia boleh bersifat kekal atau hilang kepekaan pada usia lanjut (presbycusis) akibat proses degenerasi organ pendengaran.
"Secara umum, menerusi kajian dalam portal kesihatan di Malaysia kira-kira 30 peratus dalam kalangan warga tua berusia antara 65 hingga 75 tahun dan 50 peratus dalam kalangan usia 75 tahun mengalami masalah pendengaran sehingga 2019," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kesedaran dan Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Warga Emas di Pusat Warga Emas (PAWE) Kemumin, Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Ceramah serta pemeriksaan saringan pendengaran itu melibatkan 60 warga emas dan turut dihadiri Ahli Audiologi Pusat Pendengaran Eartistic Cawangan Kelantan Fatin Zafirah Juhar Nawawi dan Pengerusi PAWE Kemumin Datuk Roomai Nor Ali.
Mengulas lanjut, Dr Nur Shasa 'Ain berkata masalah pendengaran boleh dihadapi oleh setiap lapisan umur yang jika tidak dirawat dengan segera boleh memberi risiko lebih serius.
"Pesakit yang mengalami gangguan pendengaran mestilah mengambil ubat melalui pemantauan doktor dan tidak mengorek telinga menggunakan putik kapas atau benda-benda tajam yang boleh merosakkan gegendang telinga," katanya.
Sementara itu, Roomai Nor berkata program julung kali itu diadakan bertepatan dan bersesuaian dengan pusat aktiviti harian warga emas berkenaan memandangkan ada dalam kalangan ahlinya mengalami masalah pendengaran sama ada masih di peringkat awal mahupun serius.
"Ada di antara warga emas ini layak mendapat alat pendengaran percuma di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), selain mereka adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pesara tentera dan pesara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau yang masih berkhidmat," katanya.
Seorang warga emas di PAWE Kemumin, Mustapha Mohamad Noor, 71, berkata beliau sudah memakai alat pendengaran sejak tiga tahun lepas setelah mengalami gangguan tidak dapat mendengar dari arah belakang.
"Setiap enam bulan sekali alat pendengaran perlu diservis supaya dapat digunakajn dengan lebih lancar dan tahan lama," kata pesara guru itu.
-- BERNAMA / Habsah Ismail
Bernama
Sun Jul 31 2022
Masalah pendengaran juga menyebabkan golongan itu kurang berkomunikasi, rasa terasing, kecewa, tidak yakin dan sukar bersosial. - Gambar hiasan
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
Didakwah anak sendiri, wanita akhirnya peluk Islam pada usia 101 tahun
Dakwah yang disampaikan anak sendiri selama bertahun-tahun akhirnya membuka pintu hati seorang wanita warga emas apabila memeluk Islam pada usia 101 tahun.
Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).
Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
BSMM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.
Warga emas dipercayai jatuh ke dalam tanah jerlus ketika cari kucing peliharaan
Penyelamat berharap Elizabeth Pollard, 64, masih hidup, sambil menjelaskan lubang itu mempunyai bekalan oksigen dengan suhu kira-kira 55 darjah Celsius.