Sik menjadi daerah terbaru dilanda banjir di negeri ini, susulan air mula naik pada jam 12 tengah malam tadi, setinggi 2 hingga 3 meter, limpahan dari air Sungai Chepir.
Antara kampung terlibat ialah Kampung Sungai Pau, Kampung Charok Padang Dalam, Kampung Charuk Pelanduk, Kampung Tanjung Besar, Kampung Titi Semang dan Kampung Kemelong.
Bagaimanapun, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sik, Lt Haisul Aishah Mohd Napiah, sehingga jam 10 pagi ini, tiada pusat penempatan banjir dibuka.
Jelasnya, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Sik kini sedang memindahkan barangan mangsa ke tingkat atas rumah.
"Kesemua mangsa belum dipindahkan memandangkan rumah mereka masih boleh diduduki di bahagian atas.
"Bagaimanapun, sekiranya hujan turun pada petang nanti, dengan keadaan yang lebat, mungkin pusat pemindahan akan dibuka dan mangsa diarahkan berpindah," katanya.
Pemantauan oleh anggota APM kini sedang dilakukan di kawasan terlibat banjir.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Oct 09 2019
![Sik daerah terbaru dilanda banjir di Kedah Sik daerah terbaru dilanda banjir di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570599515_TBSIKBANJIR.jpg)
Setakat jam 10 pagi, mangsa banjir belum dipindahkan memandangkan rumah mereka masih boleh diduduki. Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Anggota APM maut, motosikal terbabas langgar tiang lampu Anggota APM maut, motosikal terbabas langgar tiang lampu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723350296_AnggotaAPMmautm.jpg)
Anggota APM maut, motosikal terbabas langgar tiang lampu
Semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan dari Slim River ke rumahnya di Felda Trolak Timur.
![Lebih 30 pokok tumbang dalam ribut di Perlis Lebih 30 pokok tumbang dalam ribut di Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721202938_ributperlispokok.jpg)
Lebih 30 pokok tumbang dalam ribut di Perlis
RIBUT PERLIS LEBIH 30 LAPORAN POKOK TUMBANG DITERIMA APM
![Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719795344_APM.jpg)
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.
![Banjir kini landa Kota Kinabalu Banjir kini landa Kota Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719789801_banjir.jpg)
Banjir kini landa Kota Kinabalu
Anggota APM daerah Kota Kinabalu telah digerakkan sehingga awal pagi ini untuk membantu menyelamatkan mangsa.
![Hujan lebat: Dua daerah di Perak dilanda banjir kilat Hujan lebat: Dua daerah di Perak dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714833569_KotaTinggiBanjir.jpg)
Hujan lebat: Dua daerah di Perak dilanda banjir kilat
Banjir kilat itu turut menyebabkan beberapa buah rumah terjejas teruk dan dinaiki air.
![Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716218436_LogoAPMAngkatanP.jpg)
Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kesemua pelajar terlibat menaiki lori itu dari Masjid Changkat Lobak untuk ke sekolah berkenaan.
![Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715912569_WakilastroAWANIA.jpg)
Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan
Bagaimanapun, sesi latihan akan disesuaikan mengikut keadaan cuaca bagi mengurangkan risiko.
![Banjir kilat di Gerik, kedai, kenderaan terjejas Banjir kilat di Gerik, kedai, kenderaan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714693677_Banjir.jpg)
Banjir kilat di Gerik, kedai, kenderaan terjejas
Kejadian yang berlaku sekitar pada jam 7.30 malam turut menyebabkan kenderaan terkandas.
![Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713846349_AnggotaAPMmeningg.jpg)
Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari
Sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan.
![APM lancar Op Prihatin sempena Aidilfitri di Kedah, Terengganu bantu pengguna jalan raya APM lancar Op Prihatin sempena Aidilfitri di Kedah, Terengganu bantu pengguna jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712530641_APM.jpg)
APM lancar Op Prihatin sempena Aidilfitri di Kedah, Terengganu bantu pengguna jalan raya
Ia bagi membantu pengguna jalan raya yang terlibat dengan sebarang masalah akibat kesesakan trafik ekoran peningkatan bilangan kenderaan.