“Perginya seorang chef tersohor negara,” itulah antara luahan netizen dan kenalan susulan pemergian pemilik Kuzie Katering, Allahyarham Datuk Raja Rosly Raja Mazlan malam tadi.
Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang insan yang pemurah dan penyayang, para selebriti dan netizen merakam doa dan ucapan takziah kepada Allahyarham serta keluarganya.
BACA: Pak Engku meninggal dunia akibat penyakit kencing manis
Menerusi akaun Instagram, pelakon popular, Awal Ashaari mengimbas memori terakhir bersama Allahyarham.
"Siapa sangka, pertemuan Raya tempoh hari merupakan pertemuan terakhir kami.
"Seorang insan yang sangat pemurah, tak berkira, suka menolong dan tak lokek menjamu makanan. Kami akan merindui Allahyarham Datuk Raja Rosley, atau lebih dikenali dengan nama Pak Engku Kuzie Katering. Semoga tenang disana."
"Al Fatihah buat insan yang sangat baik hati dan pemurah.. Dato' Pak Engku telah kembali kepada Pencipta-NYA," tulis penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.
“Kita telah kehilangan seorang insan yang disayangi dan disenangi. Al-fatihah untuk Pak Engku. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Takziah untuk keluarganya,” tulis penyanyi Dafi Ismail Sabri.
Malah, ada yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas jasa Allahyarham.
"Al-Fatihah. Terima kasih Pak Engku untuk semua yang anda lakukan untuk keluarga saya. Semoga Allah tempatkan anda di antara orang-orang yang beriman,” kata seorang netizen, Nora Aziz.
Antara ucapan takziah di media sosial;
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar DEMC kira-kira jam 9.10 malam akibat penyakit kencing manis.
Berpengalaman luas dalam bidang katering dan hasil air tangannya yang sering mendapat pujian membolehkan beliau mendapat kepercayaan untuk mengendalikan majlis-majlis besar golongan kenamaan termasuk pemimpin negara.
Kohilah Sekaran
Sat Aug 12 2017
Para selebriti dan netizen merakam doa dan ucapan takziah kepada Allahyarham Datuk Raja Rosly Raja Mazlan dan keluarganya.
RUU tahanan di rumah bakal dibentang di Parlimen tahun depan - Saifuddin
Beliau berkata Kabinet telah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaan RUU berkenaan.
Perahu karam: Tiga selaman bomba gagal temui mangsa
Lima individu hilang selepas perahu lumba yang dinaiki karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa masih belum dikesan.
AWANI Ringkas: Operasi SAR masuk hari kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penduduk Kuala Perlis berpesta sambut air pasang
Lebih 2,000 penduduk Kuala Perlis berdepan fenomena air pasang besar 3.7m, menjejaskan 1,577 kediaman dan dua PPS dibuka untuk mangsa banjir.
ARMADA tidak terlibat laporan rasuah konsesi pasir
ARMADA tidak terlibat dalam membuat laporan atau dakwaan berhubung siasatan yang dijalankan ke atas seorang ahli politik berpengaruh, berkaitan perbadanan Menteri Besar Selangor yang dikaitkan dengan rasuah konsesi perlombongan pasir.
Kereta kebal Israel kepung, bom bangunan Hospital Indonesia di Gaza - Pengarah
Dr Marwan al-Sultan berkata jabatan penjagaan pascapembedahan telah terkena serangan dan tentera hanya berada kira-kira 20 meter dari bangunan.
Fokus kepada rakyat, kurangkan projek mega - pakar
Belanjawan 2024 dilihat sebagai belanjawan yang berfokus kepada rakyat, dengan penekanan pada bantuan dan pengagihan kewangan kepada semua lapisan masyarakat, menurut Penganalisis Ekonomi, Prof. Barjoyai Bardai.
Beliau menjelaskan bahawa belanjawan kali ini tidak menyertakan projek-projek mega yang memakan perbelanjaan besar, sebaliknya memberi perhatian kepada golongan yang memerlukan.
Beliau menjelaskan bahawa belanjawan kali ini tidak menyertakan projek-projek mega yang memakan perbelanjaan besar, sebaliknya memberi perhatian kepada golongan yang memerlukan.
Negara kecil perlu waspada - Tun Mahathir
Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran kepada negara-negara kecil supaya mengambil tahu mengenai situasi yang berlaku di Asia Barat.
[TERKINI] Malaysia berduka, kutuk pembunuhan Yahya Sinwar oleh Zionis - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kedukaan selepas Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar meninggal dunia akibat dibunuh rejim zionis Israel, pada Khamis lalu.
[TERKINI] Dua pegawai Imigresen direman, disiasat atur kemasukan warga asing
Dua pegawai Imigresen direman tiga hari kerana disyaki mengatur kemasukan warga asing melalui laluan khas di LTAPP. Siasatan di bawah Akta SPRM 2009.
Demonstrasi masakan buka peluang Chef Wan Noor berkhidmat di Tanah Suci
Chef Wan Noor Zamran Hashim, 52, mengetuai dapur di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat Tabung Haji, di Mekah.
Ada 'tenaga' luar biasa, permintaan terhadap makanan enak yang tinggi di Malaysia - Gordon Ramsay
Ramsay tidak mahu membuka restoran di Malaysia tanpa mengambil peluang menikmati intipati sebenar citarasa Malaysia dan Asia.
Jualan produk cecah RM7 juta, Khairulaming kini ada kilang sendiri
Khairul memaklumkan produk sulungnya, Sambal Nyet berjaya mencecah jualan RM 7.5 juta dalam tempoh setahun.
'Perang' dua chef Singapura, syarikat penerbitan UK tarik balik buku masakan
Buku masakan "Makan" oleh Elizabeth Haigh dikatakan diciplak dari buku masakan Sharon Wee, Growing Up in a Nonya Kitchen.
Chef di Guatemala menghasilkan piza di gunung berapi aktif
Seorang lelaki di Guatemala menggunakan lahar daripada sebuah gunung berapi aktif bagi memastikan kerak piza ranggup dan enak.
Pandu lalu di hotel, cara baru tarik pelanggan
Kesukaran demi kesukaran yang datang tanpa henti membuatkan pengusaha mula menggerakkan strategi baru untuk hotel mereka.
Hari Malaysia: Laksa Sarawak udang galah Lundu 'laku keras'
Perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan dua tahun lalu, kini mula menjadi 'buah mulut' dan menu wajib setiap kali penduduk setempat atau pelancong luar berkunjung ke daerah tersebut.
Hutang menggunung, empayar restoran chef selebriti Jamie Oliver akhirnya runtuh
Kira-kira 1,300 pekerja di rangkaian restoran Itali milik chef selebriti British, Jamie Oliver bakal hilang kerja selepas aset itu kini diletakkan di bawah perlindungan pemiutang.
Chef pastri Malaysia juara dunia
Mereka mengalahkan 21 chef lain dari seluruh dunia, dengan beberapa juadah pencuci mulut bertemakan coklat dan buah-buahan.
Ikut pesanan arwah bapa, Fazley Yaakob bakal naik pelamin November depan
Menurut Fazley, majlis tersebut bakal diadakan secara sederhana.