Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengadakan sidang media berkaitan isu bil elektrik pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan sudah mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat bagi mencari keputusan tentang isu tersebut.

"Saya telah beberapa kali mengadakan perbincangan bersama Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), TKSU (Tenaga) KeTSA, Suruhanjaya Tenaga (ST), dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenai isu bil elektrik di Wisma Sumber Asli, Putrajaya bagi mencari keputusan terbaik untuk rakyat.

"Perbincangan bersama Menteri Kewangan juga telah diadakan. Dan paling utama ialah mendapat pandangan dan persetujuan Perdana Menteri.

"Insyallah saya akan membuat sidang media pada Sabtu pagi di Pejabat Suruhanjaya Tenaga, Putrajaya," ujarnya.

Terdahulu, isu kenaikan bil elektrik sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi perdebatan hangat sehingga menimbulkan rungutan rakyat.