Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL) 2019 yang diadakan minggu ini berobjektif untuk mengembalikan semula kegemilangan dunia Islam dan peradaban Islam.
Pengkritik mungkin meragui akan cita-cita murni itu, tetapi Perdana Menteri yang juga Pengerusi sidang kemuncak ini Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya bersedia untuk mengetengahkan seruan penyatuan untuk dunia Islam berjuang mendapatkan semula kegemilangan yang pernah dikecapi dahulu.
"Kita sentiasa mengimbas kembali betapa hebat, kaya dan berkuasanya peradaban Islam dahulu. Ia adalah satu bab dalam sejarah dan kita menginginkannya untuk kembali. Ia akan kekal menjadi satu keinginan melainkan kita melakukan sesuatu," katanya dalam mesej di laman web acara itu, klsummit.my menjelang sidang kemuncak itu di ibu negara Malaysia.
Laluan di depan tidak mungkin mudah, melihat kepada keadaan semasa yang dunia Islam dan umat Islam sedang hadapi. Tetapi, sepertimana yang dikatakan perdana menteri, mereka perlu mulakannya.
Pemimpin berusia 94 tahun itu berkata cabaran dikaitkan dengan negara-negara Islam termasuk tadbir urus yang teruk, rasuah dan dilihat sebagai tempat latihan keganasan.
"Kita boleh terus melaungkan bahawa tanggapan seperti itu, terutamanya tempat latihan keganasan, sebagai propaganda anti-Islam yang tidak mempunyai perasaan.
"Kita tahu bahawa ia benar tetapi kelemahan dan perpecahan kita telah memberi kepercayaan kepada propaganda ini," kata Dr Mahathir.
Pelbagai konflik melibatkan negara Islam juga tidak terlepas daripada pengamatan Perdana Menteri Malaysia itu.
"Kita mengisytiharkan bahawa semua umat Islam adalah bersaudara tetapi negara kita terlibat dengan perang saudara yang tidak berkesudahan, perang mazhab, perang dengan negara jiran Islam dan mengundang negara bukan Islam untuk membantu kita dalam peperangan dengan sesama Islam," katanya.
Di samping itu, beliau berkata, umat Islam akhirnya terdampar di negara-negara yang dikuasai oleh agama lain, dengan nasib mereka bergantung kepada belas kasihan negara berkenaan.
Sidang Kemuncak KL yang berlangsung pada Rabu hingga Sabtu ini, tercetus daripada situasi ini kerana Dr Mahathir menegaskan bahawa sidang kemuncak ini bersungguh-sungguh mahu menyumbang ke arah memperbaiki keadaan hal ehwal umat dan negara Islam.
Antara pemimpin Islam yang dijangka menyertai Dr Mahathir pada sidang kemuncak yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini ialah Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan Presiden Iran Hassan Rouhani.
Prosiding di Sidang Kemuncak KL itu membabitkan tujuh tema utama iaitu pembangunan dan kedaulatan; integriti dan tadbir urus baik; budaya dan identiti; keadilan dan kebebasan; keamanan, keselamatan dan pertahanan; perdagangan dan pelaburan; dan teknologi dan tadbir urus internet.
Pemimpin Islam bersama-sama para ilmuan, cendekiawan dan golongan pemikir akan berbincang dan mencari penyelesaian baharu dan boleh digunakan untuk menangani masalah yang membelenggu dunia Islam.
BACA: KL Summit 2019: Lebih 400 pemimpin Islam bakal berkampung di Malaysia
Dr Mahathir menekankan perlunya inisiatif Sidang Kemuncak KL disokong oleh kerajaan-kerajaan Islam agar ia membuahkan hasil.
"Tidak kira betapa banyak idea yang cemerlang dihasilkan menerusi sidang kemuncak ini, tanpa sokongan pemimpin dan kerajaan negara Islam, idea ini akan tetap menjadi idea.
"Adalah menjadi harapan saya bahawa peserta Sidang Kemuncak KL akan mengambil cabaran ini untuk memastikan semua deklarasi dan keputusan kita menjadi realiti," kata perdana menteri.
Upacara perasmian Sidang Kemuncak KL pada Khamis ini dijangka disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sidang kemuncak ini akan didahului oleh Sidang Kemuncak Belia KL yang diadakan Selasa dan Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 16 2019
Dr Mahathir berkata, menjadi harapannya peserta Sidang Kemuncak KL akan mengambil cabaran ini untuk memastikan semua deklarasi dan keputusan kita menjadi realiti. - Gambar fail
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Dewan Rakyat: Tuduh RSN Rayer 'anti-Islam', MP Pendang digantung tiga hari
Tindakan tersebut menyebabkan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang itu digantung selama tiga hari daripada menghadiri sesi Dewan Rakyat.
Mahkamah India halang Al Jazeera tayang filem keganasan perkauman
Mahkamah di negeri Uttar Pradesh di India menghalang penayangan filem Al Jazeera bertajuk "India....Who lit the Fuse?", yang menangani isu keganasan anti-Islam di negara itu.
Sidang Kemuncak KL cari penyelesaian isu dihadapi dunia Islam
Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya bersedia untuk mengetengahkan seruan penyatuan untuk dunia Islam berjuang mendapatkan semula kegemilangan yang pernah dikecapi dahulu.
Sonny Bill Williams puji tindakan halang serangan ke atas wanita Islam hamil
Sonny B Williams memuji tindakan berani orang awam yang menghentikan serangan seorang lelaki warganegara Australia yang memukul seorang wanita hamil beragama Islam.
Wanita bertudung ini sangat berani
Shaymaa bertembung dengan penunjuk perasaan anti-Islam dan terus meminta rakan mengambil gambarnya di hadapan kumpulan tersebut.
Pemimpin DAP perlu kerja keras ubah stigma terhadap DAP
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, berkata kepimpinan parti perlu memainkan peranan mendekati pengundi.
Dapat 25 'markah' jika tarik hijab, polis UK siasat kempen serang umat Islam
Antara kandungan surat tersebut adalah mengenai 'ganjaran' ke atas serangan yang dilakukan terhadap umat Islam.
Trump dikritik di AS, Britian kerana kongsi video anti-Islam
White House mempertahankan tweet Donald Trump, mengatakan apa yang dilakukan adalah untuk memberi kesedaran tentang isu keselamatan.
Kit Siang mahu saman Abdul Hadi berhubung dakwaan anti-Islam
Lim berkata beliau bukanlah seorang yang anti-Islam.
Dulu anti-Asia, kini Pauline Hanson dakwa Australia dibanjiri umat Islam
Pengasas parti One Nation di Australia Pauline Hanson mencadangkan larangan terhadap burqa dan pembinaan masjid-masjid baharu.