Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Negara akan bersidang hari ini hingga 23 Sept depan dengan hari pertama tertumpu kepada pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara ke-18.
Pelantikan itu bagi menggantikan Tan Sri S.A.Vigneswaran yang tamat perkhidmatan pada 22 Jun lalu dan sekiranya terdapat lebih satu nama dikemukakan, pemilihan akan diadakan.
Upacara yang berlangsung di Dewan Negara, Blok Utama Parlimen itu akan disusuli dengan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mengangkat sumpah jawatan.
Turut dijadualkan berlangsung hari ini adalah majlis angkat sumpah empat Ahli Dewan Negara baharu iaitu Mohamad Apandi Mohamad, lantikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Seri S. Vell Paari (lantikan Yang di-Pertuan Agong), serta Ahmad Yahaya dan Datuk Wira Othman Aziz (lantikan DUN Kedah).
Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berkuat kuasa, persidangan kali ini juga akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Persidangan juga akan membahaskan 10 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.
Ia termasuk tiga rang undang-undang berkaitan pandemik COVID-19, iaitu Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020; Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 02 2020

Sidang Dewan Negara juga akan membahaskan 10 RUU yang telah diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Ahli Parlimen, Senator harus beri contoh terbaik jaga sensitiviti 3R
Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara harus sentiasa memberi contoh terbaik kepada rakyat dalam menjaga keharmonian perpaduan dan menjaga kesensitifan berkait dengan 3R (bangsa, agama dan institusi Dira

Senator Mohd Hasbie akan anjur meja bulat pemimpin muda serantau
Senator Mohd Hasbie akan menggembleng pemimpin muda serantau dalam perbincangan meja bulat yuntuk membahaskan penglibatan di badan legislatif, pentadbiran awam dan isu golongan muda.

Senator dilantik menteri perlu jadi juara terbaik tegakkan institusi Dewan Negara - Wan Junaidi
Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.

Rombakan Kabinet: Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Negara dijadualkan pada Selasa
Satu majlis mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara dijadual berlangsung pada pagi Selasa.

Tugas Ahli Dewan Negara sama berat dengan ahli Parlimen - Nik Abduh
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh menyifatkan tugas sebagai Ahli Dewan Negara sama berat dengan Ahli Parlimen yang pernah disandangnya sebelum ini.

Kuota Ahli Dewan Negara boleh ditambah - Wan Junaidi
Kerajaan boleh menambah jumlah kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada setiap negeri daripada dua orang kepada tiga orang, jika terdapat keperluan.

Sidang DUN Perak: Mujahid dipilih Senator
Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dipilih sebagai Ahli Dewan Negara pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada Khamis.

38 Senator ambil bahagian bahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Seramai 38 Ahli Dewan Negara mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa lepas di Dewan Negara.

16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.

Ahli politik antara dilarang mengajar, bersyarah di masjid, surau di Perak
Larangan itu turut terpakai terhadap mereka yang telah bersara daripada jawatan-jawatan itu tetapi masih aktif dengan kegiatan politik.