Siasatan terperinci punca kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Oktober lalu mungkin memerlukan tempoh tiga minggu lagi untuk selesai.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, laporan itu akan digunakan pihaknya untuk mengambil langkah seterusnya terhadap status HSA.
Jelasnya, ia juga akan menentukan kedudukan pembaikan HSA serta bentuk pemulihan yang akan dilakukan.
"Tentang punca kebakaran itu, ia masih disiasat bomba. Itu tanggungjawab mereka untuk mencari punca kebakaran.
"Apabila kita sudah tahu punca nanti akan diserahkan kepada kementerian dan kita akan lihat kesan kepada kerajaan dan kos untuk dibaiki," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Sebelum ini, Subramaniam menjelaskan, laporan lengkap daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung kejadian kebakaran di HSA dijangka siap dalam tempoh 14 hari selepas kejadian itu berlaku.
Kejadian kebakaran HSA menyebabkan enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan hospital berkenaan.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terperinci kejadian kebakaran di HSA.
Wan Syamsul Amly
Thu Nov 03 2016
!['Siasatan punca kebakaran HSA siap dalam tiga minggu' - Subramaniam 'Siasatan punca kebakaran HSA siap dalam tiga minggu' - Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477396258_hospitalsultanaminah.jpg)
Kejadian kebakaran HSA menyebabkan enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
!['Siasatan punca kebakaran HSA siap dalam tiga minggu' - Subramaniam 'Siasatan punca kebakaran HSA siap dalam tiga minggu' - Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477396258_hospitalsultanaminah.jpg)
'Siasatan punca kebakaran HSA siap dalam tiga minggu' - Subramaniam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, laporan itu akan digunakan pihaknya untuk langkah seterusnya terhadap status HSA.
![Wad Diraja HSA belum digunakan kerana belum ada keperluan- Hilmi Wad Diraja HSA belum digunakan kerana belum ada keperluan- Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477734358_HospitalSultanahAm.jpg)
Wad Diraja HSA belum digunakan kerana belum ada keperluan- Hilmi
Hospital sementara Angkatan Tentera Malaysia telah ditempatkan di perkarangan HSA yang menumpukan kepada kes rawatan kecemasan dan mula beroperasi Isnin lalu.
![Perpindahan pesakit di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah selesai - Dr Hilmi Perpindahan pesakit di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah selesai - Dr Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477631246_HospitalSultanahAm.jpg)
Perpindahan pesakit di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah selesai - Dr Hilmi
Bagi memastikan operasi hospital terbabit tidak terjejas, pakar-pakar dan pasukan dari HSA akan dibawa untuk membantu merawat pesakit yang dipindahkan.
!['Tiada cadangan gantung syarikat konsesi HSA' - Dr Hilmi 'Tiada cadangan gantung syarikat konsesi HSA' - Dr Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51467470554_HilmiYahaya.jpg)
'Tiada cadangan gantung syarikat konsesi HSA' - Dr Hilmi
Kerajaan tidak bercadang menggantung perkhidmatan syarikat konsesi perkhidmatan sokongan hospital, Medivest Sdn Bhd sepanjang tempoh siasatan terhadap kebakaran yang berlaku di HSA.