Siasatan Polis Diraja Malaysia berhubung pertubuhan yang tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil sedikit masa.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia disebabkan jumlah anggota pasukan tersebut yang ramai.
"Siasatan kita memakan masa sedikit kerana jumlah anggota (pasukan) tersebut yang ramai," katanya.
Khalid berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) ke-35 di sini, hari ini.
Pada 31 Ogos lepas, polis telah menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis akan melakukan saringan terhadap semua anggota PPS dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat jenayah.
Katanya, ahli PPS yang mempunyai rekod bersih dan bebas daripada kesalahan jenayah, nama mereka akan diserahkan kepada kerajaan negeri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini memberitahu, Kerajaan mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengugut dan mencabar pihak berkuasa sehingga membelakangkan undang-undang negara.
Tegasnya, walaupun kerajaan menyambut baik langkah masyarakat menjalankan aktiviti pencegahan jenayah, namun mana-mana tindakan melampaui batasan perundangan, boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan umum.
Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini dilaporkan berkata, Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP bersedia meletak jawatan jika UMNO negeri dapat membuktikan kerajaan negeri itu menyediakan peruntukan RM1.5 bilion bagi PPS.
Guan Eng menjelaskan, laporan dalam laman web UMNO menyatakan peruntukan itu untuk PPS adalah tidak tepat kerana kerajaan negeri tidak mempunyai dana sebanyak itu untuk menjayakan aktiviti unit berkenaan.
Astro Awani
Wed Sep 10 2014
![Siasatan PDRM terhadap PPS ambil sedikit masa - Khalid Siasatan PDRM terhadap PPS ambil sedikit masa - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/71367708734_295x200.jpg)
KHALID: Siasatan PDRM terhadap PPS ambil sedikit masa - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![KDN galakkan taklimat kewarganegaraan diadakan bersama JPN KDN galakkan taklimat kewarganegaraan diadakan bersama JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722341762_AkhbarTheStarKe.jpg)
KDN galakkan taklimat kewarganegaraan diadakan bersama JPN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggalakkan sebarang taklimat berkaitan isu, proses serta permohonan kewarganegaraan diadakan dengan penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
![Malaysia rangka strategi capai penarafan Tahap 1 dalam laporan JNAS Malaysia rangka strategi capai penarafan Tahap 1 dalam laporan JNAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722345124_saifuddinnasution.jpg)
Malaysia rangka strategi capai penarafan Tahap 1 dalam laporan JNAS
Malaysia kembali mencapai kedudukan Tahap 2 dalam laporan JNAS mengenai Pemerdagangan Orang bagi tahun 2024.
![Trend laporan orang hilang tidak menyaksikan peningkatan mendadak - Saifuddin Nasution Trend laporan orang hilang tidak menyaksikan peningkatan mendadak - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721718236_tbSaifuddinNasution.jpg)
Trend laporan orang hilang tidak menyaksikan peningkatan mendadak - Saifuddin Nasution
Trend laporan terhadap insiden orang hilang kekal sekitar 900 kes setiap tahun dari 2020 sehingga tahun ini.
![KDN teliti laporan Forbes Advisor, KL bandar bahaya di Asia Tenggara - Saifuddin Nasution KDN teliti laporan Forbes Advisor, KL bandar bahaya di Asia Tenggara - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721720748_SaifuddinNasutionI.jpg)
KDN teliti laporan Forbes Advisor, KL bandar bahaya di Asia Tenggara - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata penelitian akan dilakukan terhadap laporan Forbes Advisor yang menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai bandar kelima paling bahaya di Asia Tenggara untuk dilawati.
![KDN tidak kompromi prinsip integriti dalam kalangan anggota, pegawai polis KDN tidak kompromi prinsip integriti dalam kalangan anggota, pegawai polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
KDN tidak kompromi prinsip integriti dalam kalangan anggota, pegawai polis
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk perbuatan yang menyalahi prinsip integriti dalam kalangan anggota dan pegawai polis.
!['Dekriminalisasi' penggunaan dadah: KDN laksana libat urus intensif berkaitan pindaan akta 'Dekriminalisasi' penggunaan dadah: KDN laksana libat urus intensif berkaitan pindaan akta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721286203_SaifuddinNasution.jpg)
'Dekriminalisasi' penggunaan dadah: KDN laksana libat urus intensif berkaitan pindaan akta
Saifuddin Nasution berkata kementerian telah mengendalikan 13 sesi libat urus pada tahun ini, 22 libat urus (2023), 11 libat urus (2022), tujuh libat urus (2021) dan empat sesi libat urus (2020).
![Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721037284_WargaEmas.jpg)
Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ
Mana-mana pihak yang telah dibatalkan lesen tidak boleh memohon lesen baharu selama tempoh dua tahun dari tarikh dibatalkan.
![Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara
Cadangan itu adalah langkah strategik KDN bagi meningkatkan kawalan sempadan di Malaysia menggunakan teknologi terkini, selari dengan perkembangan semasa dunia.
![KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720790586_pejabatpasportLapa.jpg)
KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719992825_TBNikYusaimiYussof.jpg)
KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta
Sejumlah 19,924 hasil penerbitan dan alat permainan seks dirampas dalam Ops Cetak 1.0 yang dilaksanakan oleh KDN di seluruh negara.