Siasatan nahas pesawat jenis Beechcraft B200T yang terhempas berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, 21 Dis lepas kini menjurus kepada faktor teknikal dan kemanusiaan.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata dua faktor itu difokuskan berdasarkan pelbagai bukti yang dapat dikumpulkan pasukan siasatan sepanjang dua minggu di lokasi kejadian dan pesawat terbabit.
"Kami percaya nahas berkenaan berhubung kait dengan dua faktor ini selepas semua faktor lain telah dikaji.
Bagaimanapun, setakat ini kami masih tidak boleh mengesahkannya atau membuat kesimpulan kerana banyak lagi maklumat terperinci dari dua aspek itu yang perlu dikaji terlebih dahulu bagi memperoleh hasil siasatan yang sebenarnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Panglima Operasi Udara dan Panglima Bantuan Udara Serta Penyampaian Amanat Perintah Ulung Panglima TUDM ke-18 di sini hari ini.
Affendi berkata setakat ini tiga pesawat Beechcraft B-200T milik TUDM yang berpangkalan di Subang juga masih tidak dibenarkan beroperasi susulan nahas itu dan akan beroperasi semula pada masa yang sesuai.
Nahas yang berlaku pada 5.18 petang itu mengorbankan juruterbang Mejar C. Kayamboo, 45, manakala Kapten Wai Lik, 26, Lt Hamid Hanafi, 26, dan Sarjan Udara Mohd Sofi Azizan, 29, cedera.
Dalam perkembangan lain, Affendi berkata pihaknya telah menggerakkan sebuah pesawat EC 725 ke Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu semalam bagi membantu mangsa banjir.
"TUDM sentiasa siap sedia untuk mengerahkan lebih aset sekiranya diperlukan untuk menyampaikan bantuan udara kepada pihak yang memerlukan," katanya.
Terdahulu, Affendi menyaksikan upacara serah terima tugas bagi jawatan Panglima Operasi Udara antara Left Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dan Left Jen Datuk Seri Abdul Mutalib Ab Wahab.
Abdul Mutalib yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Panglima Bantuan Udara menggantikan jawatan Ackbal sebagai Panglima Operasi Udara.
Ackbal dilantik menjadi Timbalan Panglima TUDM menggantikan Affendi yang kini Panglima TUDM.
Turut berlangsung adalah penyerahan tugas bagi jawatan Panglima Bantuan Udara antara Abdul Mutalib yang menyerahkan tugas itu kepada Left Jen Datuk Paduka Wan Normazlan Che Jaafar. - Bernama
Bernama
Wed Jan 04 2017
Nahas yang berlaku pada 5.18 petang itu mengorbankan juruterbang Mejar C. Kayamboo, 45, manakala Kapten Wai Lik, 26, Lt Hamid Hanafi, 26, dan Sarjan Udara Mohd Sofi Azizan, 29, cedera. - Astro AWANI
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI Pertimbang Untuk Bangunkan Robot Berbentuk Manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Nahas pesawat Beechcraft bukan masalah teknikal - Timbalan Menteri
Tiada sebarang masalah teknikal pada pesawat jenis Beechcraft King Air 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara TUDM Butterworth, Disember tahun lalu.
Mangsa nahas TUDM semakin pulih
Keadaan tiga orang mangsa nahas pesawat Beechcraft Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth pada bulan lepas kini dilapor dalam keadaan stabil.
Siasatan nahas pesawat Beechcraft TUDM menjurus kepada faktor teknikal, kemanusiaan
Siasatan nahas pesawat jenis Beechcraft B200T yang terhempas berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, 21 Dis lepas kini menjurus kepada faktor teknikal dan kemanusiaan.
Nahas TUDM: Hishammuddin galak anak lelaki juruterbang ikut jejak bapa
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggalakkan anak lelaki sulung mendiang Mejar C. Kayamboo supaya meneruskan impiannya menjadi seorang juruterbang.
Nahas pesawat TUDM: Saya mimpi buruk sebelum kemalangan - Ayah mendiang
M.Chellam memberitahu Astro AWANI hari ini bahawa beliau melihat anaknya dilitupi kain sarung bersama kelibat seorang lelaki terbaring.
Lembaga Penyiasat TUDM akan kenal pasti punca kemalangan pesawat
TUDM akan melakukan siasatan untuk kenal pasti punca pesawat malang Beechcraft King Air 200T yang terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan TUDM.
Nahas TUDM bunyi seakan-akan letupan bom - Saksi
Dua saksi yang berada 100 meter dari tempat kejadian berkata kira-kira 5 petang, beliau sedang bersiap untuk sembahyang di kuil tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan.
Mendiang meninggal pada hari ulang tahun - Rakan Mejar Kayamboo
Hari ini merupakan hari lahir Mejar Kayamboo yang ke-45, dan hari ini jugalah beliau meninggal akibat nahas pesawat terhempas petang tadi.
Insiden pesawat terhempas: Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya jadi tumpuan
Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya malam ini, menjadi tumpuan selepas berlakunya insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas.
PM Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat TUDM terhempas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam insiden pesawat TUDM terhempas di Butterworth hari ini.