Keadaan tiga orang mangsa nahas pesawat Beechcraft Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth pada bulan lepas kini dilapor dalam keadaan stabil.
Seorang daripada mereka telah dibenar pulang untuk berehat di rumah manakala dua orang lagi masih dirawat di hospital, masing-masing di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.
"Keadaan anak saya Lt Hamdi Ahmad Hanafi beransur pulih dan dia kini berehat di rumah. Saya lega dia sudah boleh makan dan minum seperti biasa," kata Ahmad Hanafi Talib, 63, bapa kepada pegawai TUDM itu.
BACA: Siasatan nahas pesawat TUDM ambil masa beberapa minggu
BACA: Siasatan nahas pesawat Beechcraft TUDM menjurus kepada faktor teknikal, kemanusiaan
Nahas pada 21 Dis lepas itu mengorbankan juruterbang Mejar C. Kayamboo, 45, manakala tiga yang lain cedera iaitu Hamdi, 26; pembantu juruterbang Kapten Wai Lik, 26; dan Sjn Udara Mohd Sofi Azizan, 29.
Ketiga-tiga waris mangsa termasuk isteri Mejar C. Kayamboo, S.Usha menerima sumbangan daripada Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini.
Sementara itu Wai Kam Sui, 60, bapa kepada Wai Lik berharap anaknya dapat pulang ke Kuala Lumpur untuk menyambut Tahun Baharu Cina nanti.
"Wai Lik kini sudah boleh makan dan bercakap dan saya difahamkan oleh doktor pakar Hospital Pulau Pinang bahawa dia sudah 60 peratus pulih dan akan membuat pembedahan kulit minggu ini," katanya.
Syukriah Azizan iaitu adik kepada Mohd Sofi pula berkata abangnya yang patah tulang kaki kanan kini semakin stabil dan dijangka menjalani pembedahan untuk memasukkan besi ke dalam kakinya dalam tempoh terdekat.
Pegawai Memerintah 16 Skuadron, Lt Kol Izhar Zulhisham Ibrahim yang turut menghadiri majlis tersebut berkata siasatan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.
"Berdasarkan pelbagai bukti yang dapat dikumpulkan setakat ini, siasatan kini menjurus kepada faktor teknikal dan aspek kemanusiaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2017
![Mangsa nahas TUDM semakin pulih Mangsa nahas TUDM semakin pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/61482325128_PesawatTerhempas.jpg)
Keadaan tiga orang mangsa nahas pesawat Beechcraft TUDM terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth pada bulan lepas kini dilapor stabil. - Gambar fail
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Nahas pesawat Beechcraft bukan masalah teknikal - Timbalan Menteri Nahas pesawat Beechcraft bukan masalah teknikal - Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482318855_TUDMTerhempas.jpg)
Nahas pesawat Beechcraft bukan masalah teknikal - Timbalan Menteri
Tiada sebarang masalah teknikal pada pesawat jenis Beechcraft King Air 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara TUDM Butterworth, Disember tahun lalu.
![Mangsa nahas TUDM semakin pulih Mangsa nahas TUDM semakin pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/61482325128_PesawatTerhempas.jpg)
Mangsa nahas TUDM semakin pulih
Keadaan tiga orang mangsa nahas pesawat Beechcraft Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth pada bulan lepas kini dilapor dalam keadaan stabil.
![Siasatan nahas pesawat Beechcraft TUDM menjurus kepada faktor teknikal, kemanusiaan Siasatan nahas pesawat Beechcraft TUDM menjurus kepada faktor teknikal, kemanusiaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482318855_TUDMTerhempas.jpg)
Siasatan nahas pesawat Beechcraft TUDM menjurus kepada faktor teknikal, kemanusiaan
Siasatan nahas pesawat jenis Beechcraft B200T yang terhempas berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, 21 Dis lepas kini menjurus kepada faktor teknikal dan kemanusiaan.
![Nahas TUDM: Hishammuddin galak anak lelaki juruterbang ikut jejak bapa Nahas TUDM: Hishammuddin galak anak lelaki juruterbang ikut jejak bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71482506689_HishammuddinTunHus.jpg)
Nahas TUDM: Hishammuddin galak anak lelaki juruterbang ikut jejak bapa
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggalakkan anak lelaki sulung mendiang Mejar C. Kayamboo supaya meneruskan impiannya menjadi seorang juruterbang.
![Nahas pesawat TUDM: Saya mimpi buruk sebelum kemalangan - Ayah mendiang Nahas pesawat TUDM: Saya mimpi buruk sebelum kemalangan - Ayah mendiang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71482401009_TUDMterhempas.jpg)
Nahas pesawat TUDM: Saya mimpi buruk sebelum kemalangan - Ayah mendiang
M.Chellam memberitahu Astro AWANI hari ini bahawa beliau melihat anaknya dilitupi kain sarung bersama kelibat seorang lelaki terbaring.
![Lembaga Penyiasat TUDM akan kenal pasti punca kemalangan pesawat Lembaga Penyiasat TUDM akan kenal pasti punca kemalangan pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81482334920_TUDMTerhempas.jpg)
Lembaga Penyiasat TUDM akan kenal pasti punca kemalangan pesawat
TUDM akan melakukan siasatan untuk kenal pasti punca pesawat malang Beechcraft King Air 200T yang terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan TUDM.
![Nahas TUDM bunyi seakan-akan letupan bom - Saksi Nahas TUDM bunyi seakan-akan letupan bom - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81482334920_TUDMTerhempas.jpg)
Nahas TUDM bunyi seakan-akan letupan bom - Saksi
Dua saksi yang berada 100 meter dari tempat kejadian berkata kira-kira 5 petang, beliau sedang bersiap untuk sembahyang di kuil tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan.
![Mendiang meninggal pada hari ulang tahun - Rakan Mejar Kayamboo Mendiang meninggal pada hari ulang tahun - Rakan Mejar Kayamboo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/41482337229_JuruterbangTUDM.jpg)
Mendiang meninggal pada hari ulang tahun - Rakan Mejar Kayamboo
Hari ini merupakan hari lahir Mejar Kayamboo yang ke-45, dan hari ini jugalah beliau meninggal akibat nahas pesawat terhempas petang tadi.
![Insiden pesawat terhempas: Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya jadi tumpuan Insiden pesawat terhempas: Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya jadi tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81482336262_KeluargaJuruterbang.jpg)
Insiden pesawat terhempas: Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya jadi tumpuan
Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya malam ini, menjadi tumpuan selepas berlakunya insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas.
![PM Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat TUDM terhempas PM Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat TUDM terhempas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61480002534_NajibTunRazak.jpg)
PM Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat TUDM terhempas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam insiden pesawat TUDM terhempas di Butterworth hari ini.