Polis mendapat beberapa petunjuk positif dalam siasatan terhadap kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim pada 26 April lalu di Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci dan mendapat beberapa petunjuk positif berhubung kes itu.
"Hasil siasatan polis setakat ini menunjukkan perkembangan positif dan saya tidak boleh memberitahu apakah siasatan yang kami lakukan secara terbuka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik anak lelaki mangsa, Mohd Akhtar mendakwa beliau kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya yang masih belum mendapat sebarang keputusan.
Pada April lalu, Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.
Dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.
Bernama
Wed Aug 28 2013

AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kevin Morais, Shaharuddin Ibrahim terima Anugerah Khas Integriti 2015
Bekas Timbalan Pendakwa Raya, mendiang Anthony Kevin Morais dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim dinamakan sebagai penerima Anugerah Khas Integriti 2015.

Status kes bunuh Timbalan Ketua Pengarah II Kastam masih jadi tanda tanya
Status kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah II Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Datuk Shaharuddin Ibrahim kini masih menjadi tanda tanya meskipun sudah setahun berlalu.

Siasatan masih dijalankan ke atas pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci dan mendapat beberapa petunjuk positif berhubung kes itu.

Perkembangan positif kes bunuh Shaharuddin Ibrahim - KPN
Perkembangan positif berlaku dalam kes siasatan pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Kes bunuh Shaharuddin: Polis rakam keterangan 35 individu
Polis telah merakam keterangan 35 individu termasuk orang awam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Shaharuddin Ibrahim.
PM kutuk keras pembunuhan TKP Kastam
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengutuk keras pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim.

Pembunuhan Shaharuddin mungkin punyai kaitan dengan tugasannya
Shaharuddin mungkin mempunyai banyak musuh disebabkan tugasannya dalam jabatan kastam.