IPOH: Siasatan berhubung kes buli lima pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan kini pada peringkat akhir.
Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata individu yang didakwa terlibat dalam kes memukul pelatih berkenaan akan dipanggil semula untuk disoal siasat pihak polis.
"Jadi kita tunggu siasatan daripada polis dan tindakan akan diambil dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (PjM) Udara Siri 66/2023 di Akademi Tentera Udara (ATU) di sini hari ini.
Beliau menegaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara am dan TUDM khususnya tidak berkompromi dengan kes buli melibatkan anggota dan pegawainya.
"Berdasarkan peraturan sedia ada dan undang-undang ATM, sesiapa yang melakukan pembulian akan diambil tindakan tegas termasuk pemberhentian tetapi semuanya bergantung kepada hasil siasatan yang dilaksanakan.
"Kita perlu melaksanakan siasatan terperinci sebelum apa-apa tindakan diambil," katanya sambil menambah semua mereka yang disyaki terlibat dalam kes itu telah ditempatkan kembali di unit masing-masing.
Pada 9 Mei lepas, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata pihaknya merekodkan lebih 10 keterangan dalam siasatan berhubung kes itu termasuk lima pelatih yang mendakwa menjadi mangsa, selain enam pelatih yang didakwa melakukan perbuatan tersebut.
Sebelum ini, Ramli mengesahkan pihaknya menerima laporan empat lagi pelatih mendakwa turut menjadi mangsa buli di pangkalan udara itu selepas seorang bapa membuat laporan polis mendakwa anaknya dibuli di situ.
Media melaporkan lima pelatih kursus TUDM dipukul anggota senior ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Kuantan dan kejadian terbongkar selepas keluarga seorang daripada mangsa tampil membuat laporan polis sebelum ditularkan di Twitter.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023

Mohd Asghar Khan (foto) berkata individu yang didakwa terlibat dalam kes memukul pelatih berkenaan akan dipanggil semula untuk disoal siasat pihak polis. -Gambar fail/Bernama
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Siasatan kes buli pelatih TUDM Kuantan pada peringkat akhir
Individu yang didakwa terlibat dalam kes memukul pelatih berkenaan akan dipanggil semula untuk disoal siasat pihak polis.