Siasatan kes kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia ketika menjalani rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar hampir selesai.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata siasatan sepenuhnya mungkin akan selesai dalam minggu ini.
Katanya, siasatan Kementerian Kesihatan bagi mengenal pasti punca kematian menantu timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu sudah siap 100 peratus.
"Polis mungkin akan selesaikan siasatan mereka dalam minggu ini. Bila dua-dua pihak selesai siasatan mereka, kita boleh mengambil tindakan mengikut perundangan yang ada di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
"Polis akan lihat dari sudut Kanun Prosedur Jenayah dan tindakan apa yang boleh mereka ambil di bawah kuasa yang mereka ada," katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan program 'Beyond Football Talent Search Carnival' di sini, hari ini.
Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung TPM, Datuk Nurulhidayah, meninggal dunia ketika menjalani rawatan gigi di Bangsar pada 1 Jun.
Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik itu pada kira-kira pukul 6 petang bersama seorang rakan.
Allahyarham kemudian dilapor tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia.
T K Letchumy Tamboo
Sun Jun 12 2016
Siasatan sepenuhnya kes kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi (gambar) mungkin akan selesai dalam minggu ini. -Gambar fail
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Wanita mengaku tidak bersalah sedia klinik pergigian tidak sah
Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyediakan klinik pergigian swasta yang tidak didaftarkan serta menjalankan amalan pergigian secara tidak sah.
Haji: Rawatan pergigian disedia untuk jemaah Malaysia
Demi memastikan jemaah Malaysia sihat dari pelbagai sudut, Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kesihatan awam, sakit puan dan penjagaan rohani tetapi juga pergigian.
Klinik gigi di Paris mula dibuka semula dengan langkah berjaga-jaga
Langkah berjaga-jaga tambahan perlu diambil bagi melindungi mereka yang berada dalam profesion pergigian kerana COVID-19 disebarkan oleh titisan pernafasan.
Siasatan kematian menantu TPM Syed Alman Zain hampir selesai - Subramaniam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata siasatan sepenuhnya mungkin akan selesai dalam minggu ini.