Permintaan tinggi daging penyu yang dipercayai dapat menguatkan 'tenaga batin' menjadi punca kepada peningkatan pembunuhan haiwan tersebut di negeri ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Dr Sen Nathan berkata kepercayaan 'karut' ini merupakan penyebab utama berlakunya pengeksploitasi haram ke atas penyu-penyu sekaligus menimbulkan kegusaran terhadap kepupusan haiwan berkenaan.
Katanya, ancaman pihak luar yang mahukan daging beserta telur penyu ini dilihat semakin kronik jika orang dalam turut sama membantu menyalurkan bekalan-bekalan daging dan telur penyu untuk dieksport.
"Secara keseluruhan, permintaan daging penyu dalam kalangan penduduk Sabah adalah berkurang namun pemburuan terhadap daging haiwan tersebut meningkat disebabkan oleh negara-negara jiran.
"Ini boleh dilihat dengan beberapa penangkapan kapal-kapal nelayan asing ini yang ditangkap oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
"Saya ingin menegaskan bahawa tidak ada mana-mana kajian saintifik yang membuktikan bahawa daging penyu ini mempunyai khasiat menambah tenaga batin seseorang itu. Langsung tidak ada," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Khamis.
BACA: Jangan buru daging penyu! - Assaffal
Tambah Nathan, JHL Sabah bersama agensi-agensi berkaitan komited membanteras gejala penjualan dan pembelian daging penyu untuk tujuan pengeksportan.
Menurutnya, hukuman berat akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang bersengkokol membantu memburu daging dan telur penyu untuk pasaran dalam mahupun luar negara.
"Jika di Sandakan, satu kempen menghalang atau melarang jual beli telur penyu telah diadakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan juga dan juga beberapa agensi-agensi lain malah terdapat juga operasi penangkapan diteruskan," katanya.
Tambah Nathan lagi, daerah Semporna turut disyaki sebagai kawasan yang membekalkan bekalan daging dan telur penyu akibat peningkatan kemasukkan pelancong daripada negara China.
"Pihak JHL telah mendapati beberapa restoran-restoran di daerah Semporna menjual daging dan telur penyu.
"Ini disebabkan oleh kemasukan pelancong-pelancong dari China yang gemar memakan makanan eksotik. Kes ini masih dalam siasatan pihak kami," katanya.
Dalam pada itu, Nathan turut menyatakan bahawa terdapat beberapa restoran-restoran di daerah Semporna disyaki terlibat dengan aktiviti pembekalan daging dan telur penyu.
Astro AWANI akan membawa laporan daripada daerah itu untuk mengikut rapat perkembangan penjualan daging dan telur penyu di daerah tersebut.
Ruzaini Zulkepli
Fri Jan 11 2019
Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Dr Sen Nathan berkata kepercayaan 'karut' ini merupakan penyebab utama berlakunya pengeksploitasi haram ke atas penyu-penyu.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Tujuh maut selepas makan hidangan daging penyu
Hidangan itu sering dinikmati penduduk di Tanzania namun ia telah diharamkan selepas mendapati ia mengandungi bahan toksik.
Daging penyu boleh menjadi punca penyakit kronik - Pensyarah
Penyu mempunyai kandungan logam berat tinggi yang melebihi standard keselamatan makanan antarabangsa.
Siapa kata daging penyu boleh tingkatkan tenaga batin?
Permintaan tinggi daging penyu yang dipercayai dapat menguatkan 'tenaga batin' menjadi punca kepada peningkatan pembunuhan haiwan tersebut di negeri ini.
Jangan buru daging penyu! - Assaffal
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah meminta agar pengusaha restoran atau operator pelancong di negeri itu tidak melayan sebarang permintaan pelancong yang mahukan daging penyu.