SEREMBAN: Keluarga kepada kanak-kanak perempuan 10 tahun R Shivaani, berasa gembira apabila anak tunggal keluarga itu dapat kembali ke sekolah bagi sesi tahun ini, setelah setahun tidak bersekolah susulan isu status kewarganegaraan.
Bapanya P Rajheswaran, 44, ketika ditemui berkata beliau berterima kasih dengan Kementerian Pendidikan (KPM), yang prihatin dalam menyelesaikan isu persekolahan anaknya itu.
Rajheswaran yang menghidap strok berkata selepas ini, beliau perlu menguruskan dokumen kewarganegaraan anaknya itu dengan bantuan daripada Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Bersatu, bagi memastikan masa depan yang lebih terjamin pada masa akan datang.
"Terima kasih kerajaan menyelesaikan masalah persekolahan anak, Shivaani sangat teruja apabila dapat tahu sudah boleh ke sekolah. Sebelum ini dia bersekolah dari darjah satu hingga darjah tiga, tetapi sesi tahun lepas dia tidak dapat ke sekolah," katanya kepada pemberita di rumahnya di Senawang.
Rajheswaran berkata dalam tempoh setahun anaknya tidak bersekolah, Shivaani hanya belajar menulis dan membaca bersama ibu saudaranya P.Logeswari, 43, di rumah.
Shivaani, murid Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pagi, Senawang itu berkata beliau sangat teruja dapat kembali bertemu rakan-rakan di sekolah serta guru, pada sesi persekolahan Mac ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya.
"Saya sangat gembira akhirnya dapat ke sekolah, saya teruja mahu bertemu kawan-kawan nanti, nama kawan baik saya Adam. Cita-cita saya mahu menjadi anggota polis, di sekolah subjek paling diminati matematik," katanya.
Sebelum ini, Shivaani dilaporkan telah menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminta pertolongan, supaya dia dibenarkan meneruskan persekolahan.
Beliau dipercayai tidak dapat meneruskan persekolahan kerana isu dokumentasi kewarganegaraan, berikutan ibu bapanya tidak mendaftar perkahwinan yang kemudian bercerai pada 2013.
Kemudian KPM telah mengadakan pertemuan menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) pada 28 Dis lepas itu, bertujuan mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan murid berkenaan meneruskan persekolahan seperti biasa.
Sementara itu Pengarah JPNS, Dr Roslan Hussin berkata isu mengenai pelajar tersebut telah selesai dan pihaknya juga membantu Shivaani untuk bertukar ke sekolah berhampiran tempat tinggalnya.
"Perkara ini sudah selesai, kita beri bagi ruang untuk Shivaani untuk meneruskan pembelajaran, dalam masa sama keluarganya perlu menguruskan tentang dokumen pengenalan diri dengan JPN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Shivaani melihat pakaian sekolah selepas dapat kembali ke sekolah bagi sesi tahun ini, setelah setahun tidak bersekolah susulan isu status kewarganegaraan, Seremban, 7 Jan 2024. --fotoBERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Sekolah, madrasah di Negeri Sembilan dikaitkan eksploitasi kanak-kanak dipantau
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata maklumat itu diperoleh hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) susulan aduan yang diterima daripada beberapa pihak.
Sekurang-kurangnya 4 maut, 30 cedera dalam insiden tembakan di sekolah
Seorang remaja berusia 14 tahun akan didakwa atas tuduhan membunuh dan dibicarakan sebagai orang dewasa.
SPRM tahan dua guru besar disyaki buat tuntutan palsu RM500,000
Semua suspek tersebut telah ditahan kira-kira jam 10 malam pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sibu, Sarawak.
Video tular gaduh: Tiga pemain bola sepak remaja sudah dikenakan tindakan tegas
Tiga pemain bola sepak yang terlibat dalam pergaduhan ketika kejohanan bola sepak peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2024, sudah diambil tindakan tegas oleh pengadil perlawanan.
Cebisan anggota badan di sekolah Gaza serlah kekejaman Israel
Saksi melaporkan bahawa serangan berlaku ketika orang ramai berkumpul di halaman sekolah untuk menunaikan solat Subuh.
Peruntukan kepada sekolah ikut keperluan - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peruntukan kepada sekolah akan disalurkan mengikut keperluan dan keutamaan masing-masing.
Derita sakit tulang belakang gara-gara kejadian kerusi ditarik rakan
Kehidupan mereka sekeluarga berubah 360 darjah selepas insiden yang berlaku pada tahun lalu itu, selain turut memberi kesan kepada perkembangan anaknya.
Program tajaan syarikat minuman keras tidak babitkan pelajar - Loke
Loke berkata, penajaan sedemikian bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah biasa dilakukan sebelum ini.
30 terbunuh dalam serangan udara Israel di sebuah sekolah
Israel menyatakan serangan itu menyasarkan pejuang Hamas yang didakwa menggunakan sekolah tersebut sebagai tempat operasi mereka.
Tiga pengendali makanan disyaki pembawa demam kepialu di sekolah
Semua pengendali makanan telah diberi rawatan dan tidak dibenarkan mengendalikan makanan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.