MELAKA: Setiausaha Agung Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang juga Ketua Penerangan UMNO bahagian Kota Melaka Datuk Ashakari Abu Noor, 58, meninggal dunia pada 1.41 pagi tadi di Hospital Besar Melaka.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Haryaty Hamdzah berkata difahamkan Allahyarham meninggal dunia selepas dua hari mendapatkan rawatan di hospital itu dipercayai akibat serangan sakit jantung.
"Saya merakamkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga di atas kepulangan Allahyarham ke rahmatullah dan semoga keluarganya diberikan ketabahan dan kesabaran.
"Semoga amal ibadah Allahyarham diterima di sisi Allah SWT dan segala dosa-dosanya diampuni," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata jenazah Allahyarham yang juga Setiausaha Khas Perhubungan kepada Ketua Menteri Melaka disemadikan sebelum solat zuhur di Tanah Perkuburan Kampung Musai, Bukit Baru di sini.
Allahyarham meninggalkan balu Roslina Zakaria, 59, dan sepasang anak lelaki dan perempuan.
Allahyarham juga merupakan pengurus skuad berbasikal ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali memuat naik ucapan takziah kepada keluarga Ashakari melalui media sosial beliau. - Facebook Sulaiman Md Ali
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung PKBM meninggal dunia akibat serangan jantung
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia selepas dua hari mendapat rawatan di Hospital Besar Melaka.
"Emak saya sedang kritikal" - Remy Ishak
Remy Ishak memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris kini sedang kritikal di Hospital Besar Melaka.