Lebih setengah juta penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak, Selangor terputus bekalan air sejak Khamis selepas paip pecah dekat Kampung Melayu Batu Caves, Gombak pada Rabu malam.

Paip itu membekalkan air kepada kira-kira 90,000 akaun pengguna di 82 buah kawasan.

Antara kawasan yang terlibat termasuk Batu Caves, Keramat, Ampang, Pandan dan Cheras.

SYABAS dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa ia telah menggerakkan bantuan ke kawasan terlibat termasuk mengirimkan lori tangki dan menempatkan tangki air statik.

Bantuan berkenaan disalurkan secara berperingkat bagi meringankan kesulitan pengguna.

"SYABAS menganggarkan tempoh pembaikan paip yang pecah ini akan siap dijalankan sepenuhnya pada (Jumaat)," kata kenyataan itu.

Bekalan air ke kawasan terlibat pula dijangka akan pulih secara berperingkat antara 4 hingga 5 hari selepas kerja membaiki paip siap sepenuhnya.

Sementara itu, orang ramai mengeluh kerana keadaan yang sulit itu namun ada juga melihatnya secara dengan positif malah ada juga yang berjenaka.

Dalam pada itu, SYABAS meminta orang ramai menggunakan air dengan berhemah dan mengelak daripada pembaziran sepanjang tempoh gangguan.