KUALA LUMPUR: Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat akan dilaksanakan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang bermula 13 Feb.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul berkata buat permulaan, sesi itu akan dilaksanakan secara ujian rintis pada setiap Selasa selama sejam.
"Kita cadang sesi itu dilakukan pada setiap Selasa untuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan yang ditujukan kepadanya dan pada Khamis pula, sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).
"Ini antara pembaharuan yang akan dilaksanakan cuma ia belum boleh dimaktubkan sebagai sesi tetap... kita mula sebagai ujian rintis dahulu untuk kita kenal pasti apa masalah yang mungkin timbul susulan pelaksanaannya," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sesi PMQ itu juga memerlukan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sebelum digazetkan sebagai sesi tetap sidang Dewan Rakyat.
Sebagai usaha memastikan usul yang dibawa Ahli Parlimen dapat dibincangkan, Johari berkata sesi Kamar Khas juga ditambah baik dengan memperbanyakkan jumlah usul iaitu daripada dua usul setiap sesi kepada empat usul.
Johari turut berhasrat untuk membuka ruang kepada Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan untuk mengemudi sesi itu.
"Ini bermakna bukan saya serta dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sahaja boleh mengemudi sesi itu tetapi peluang turut diberikan kepada Ahli Parlimen lain," katanya.
Johari berkata beliau juga bercadang mewajibkan semua Ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan bagi memastikan status kesihatan wakil rakyat pada tahap yang optimum untuk melaksanakan tugas mereka.
Mengenai liputan media persidangan Dewan Rakyat, beliau berkata wakil agensi media dibenarkan berada di ruang lobi Parlimen bagi mendapatkan reaksi daripada Menteri atau Ahli Parlimen bermula persidangan ini selepas ia tidak dibenarkan ekoran penularan COVID-19 sebelum ini.
Persidangan Dewan Rakyat bermula pada 13 Feb ini didahului dengan istiadat pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum sesi perbahasan Titah Diraja selama lima hari.
Pada 24 Feb, Perdana Menteri Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Sesi itu akan dilaksanakan secara ujian rintis pada setiap Selasa selama sejam. - Foto fail/BERNAMA
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Sesi Soal Jawab PM dilaksana mulai sidang Parlimen ke-15 - Johari
Buat permulaan, sesi itu akan dilaksanakan secara ujian rintis pada setiap Selasa selama sejam.