KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk menjawab soalan daripada para wakil rakyat dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, hari ini.
Buat julung kalinya, sesi pertanyaan kepada Perdana Menteri akan diadakan di Dewan Rakyat selama satu jam.
"InsyaAllah pagi ini buat kali pertama saya akan menjawab soalan Ahli-Ahli Parlimen dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.
"Untuk pengetahuan semua, sesi ini akan diadakan pada setiap hari Selasa pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sesi PMQ mula dilaksanakan pada mesyuarat kali ini yang dibuka semalam, antara pembaharuan yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul sebelum ini dilaporkan berkata, untuk permulaan, sesi itu akan dilaksanakan secara ujian rintis pada setiap Selasa.
Pada Selasa, Perdana Menteri menjawab soalan yang ditujukan kepada beliau dan pada Khamis ialah sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat tersebut.
Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung mulai 13 Feb hingga 30 Mac dan diikuti persidangan Dewan Negara pada 21 Mac hingga 6 April.
Belanjawan 2023 dijadual dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan di Parlimen pada 24 Feb ini.
Afiezy Azaman
Tue Feb 14 2023
![Sesi PMQ: Anwar sedia jawab soalan Ahli Parlimen Sesi PMQ: Anwar sedia jawab soalan Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676341773_PerdanaMenteriyang.jpg)
ANWAR: InsyaAllah pagi ini buat kali pertama saya akan menjawab soalan Ahli-Ahli Parlimen dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat. - Gambar fail BERNAMA
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Istiadat pembukaan Parlimen, Belanjawan 2023 tumpuan sidang kali ini Istiadat pembukaan Parlimen, Belanjawan 2023 tumpuan sidang kali ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Istiadat pembukaan Parlimen, Belanjawan 2023 tumpuan sidang kali ini
Sidang kali ini tertumpu kepada perbahasan Titah Diraja mulai 15 Feb dan pembentangan semula RUU Perbekalan 2023 yang dijadual pada 24 Feb.