KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 Isnin (13 Feb) ini, yang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini, pada 19 Dis lepas telah diadakan persidangan Dewan Rakyat pertama di bawah Kerajaan Perpaduan selama dua hari, antara lain melibatkan pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10, serta pembentangan bajet mini.
Menurut takwim di laman web Parlimen, persidangan kali ini yang berlangsung selama 29 hari tertumpu kepada perbahasan Titah Diraja bermula 15 Feb hingga 21 Feb serta pembentangan semula Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 oleh Anwar merangkap Menteri Kewangan, yang dijadual berlangsung pada 24 Feb.
Rang Undang-undang itu seterusnya akan dibahas di peringkat dasar selama enam hari bermula 27 Feb serta sesi jawapan menteri pada 8 Mac dan 9 Mac, sebelum disusuli perbahasan peringkat jawatankuasa pada 13 Mac hingga 28 Mac.
Anwar pada majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan pada 8 Feb lepas, dilaporkan berkata Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa tetapi boleh memacu pertumbuhan negara, menarik pelaburan ke dalam negara serta memberi rahmah kepada rakyat.
Turut dijangka mencuri tumpuan adalah pembentangan kertas putih berkaitan perolehan dan kos pembelian vaksin COVID-19 yang didapati tidak mengikut prosedur sebelum ini.
Selain itu, Kertas Putih mengenai kes Batu Puteh turut dijangka dibentangkan untuk tindakan selanjutnya, disediakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Persidangan kali ini juga bakal menyaksikan pembaharuan termasuk sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) pada setiap Selasa yang dijalankan secara ujian rintis bermula 13 Feb.
Dalam wawancara bersama Bernama baru-baru ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul memaklumkan sesi itu bagi membolehkan Perdana Menteri menjawab soalan yang ditujukan kepadanya, namun ia belum boleh dimaktubkan sebagai sesi tetap.
Menurut Johari, ia bagi mengenal pasti masalah yang mungkin timbul susulan pelaksanaan sesi itu, selain ia juga memerlukan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sebelum digazetkan sebagai sesi tetap sidang Dewan Rakyat.
Selain itu, sesi Kamar Khas juga ditambah baik dengan membanyakkan jumlah usul iaitu daripada dua usul setiap sesi kepada empat usul.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Feb hingga 30 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023
Sidang Parlimen kali ini juga bakal menyaksikan pembaharuan termasuk sesi Soal Jawab Perdana Menteri pada setiap Selasa yang dijalankan secara ujian rintis bermula 13 Feb. - Gambar fail
Peluang keemasan Malaysia pimpin visi komunitI ASEAN 2045
Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah berkata platform ASEAN perlu menggunakan untuk mendapatkan hasil yang produktif dan kemajuan dalam mendorong penyelesaian melibatkan isu-isu di rantau ini.
2,000 penduduk bakal mendapat manfaat daripada projek jalan URDA: Nanta Linggi
Lebih 2,000 penduduk di Perkampungan Baleh, Nanga Benin, Nanga Pelagus, dan Pelagus Resort bakal menerima manfaat apabila projek jalan baharu di kawasan tersebut siap pada April 2027.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.
Belia perlu fokus bangunkan negara, jangan hebat main isu remeh
Anwar berkata, belia mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan tidak menumpukan pada isu-isu remeh yang dibangkitkan atas dasar Melayu Islam.
KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan
KPKM menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather
Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran liar yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles telah meningkat kepada antara US$135 bilion dan US$150 bilion.
Grab Malaysia teguh perkasa rakyat menuju masa depan mampan
Grab Malaysia terus komited memperkasakan masyarakat inklusif dengan mendukung golongan kelainan upaya (OKU), wanita, dan komuniti tempatan, sejajar dengan wawasan ASEAN yang lebih mampan dan inklusif
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir, sertai Soon Huat-Shevon
Pasangan nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia 2025.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kembali meningkat daripada penyusutan semalam apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong permintaan baharu walaupun mata wang negara maju mencatat momentum positif.
Lima ditahan, polis beku, sita aset berjumlah lebih RM17 juta
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
Jeneral Joseph Aoun dipilih Presiden Lubnan yang baharu
Parlimen Lubnan pada Khamis memilih ketua tentera, Jeneral Joseph Aoun, sebagai ketua negara.
Pengesahan identiti pengguna media sosial wajar dilaksanakan - Penganalisis
Langkah keselamatan melalui pengesahan identiti pengguna yang membuka akaun media sosial merupakan langkah yang wajar untuk dilaksanakan.
RUU Jenayah Siber akan dibentang di Parlimen pada Oktober - NACSA
NACSA dalam proses merangka Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber baharu yang dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Sesi Keempat Parlimen ke-15 pada Oktober ini.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.
Kenaikan premium insurans, kewujudan Titah Adendum antara tumpuan di Parlimen hari ini
Isu-isu ini dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).