PUTRAJAYA: Pelaksanaan mekanisme sesi libat urus pihak industri melalui pengeluaran Surat Pemberitahuan (SP) menunjukkan hasil positif apabila harga ayam di pasaran mula dilihat stabil pada masa ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sesi libat urus yang membabitkan pembekal, penternak dan pemborong itu adalah supaya mereka tidak membuat sebarang tekanan harga yang memberi kesan kepada harga runcit pengguna.
Menurutnya mekanisme pengeluaran SP di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga itu digunakan sebagai pendekatan secara lembut yang bersifat seimbang dan mengambil kira situasi yang dihadapi oleh pihak industri susulan daripada kenaikan harga makanan ternakan.
"Tujuan pengeluaran SP ini adalah sebagai peringatan dan arahan kepada pihak peniaga di setiap rantaian agar membuat semakan semula harga dan membuat perubahan harga (supaya) tidak beri kesan kepada harga runcit pengguna di pasaran," katanya dalam kenyataan hari ini mengenai isu harga ayam.
Nanta berkata kenaikan harga yang berterusan sebelum ini dapat distabilkan hasil kerjasama daripada pengeluar dan pihak yang terbabit dalam rantaian pemasaran ayam.
Menurut beliau sejumlah 145 SP telah dikemukakan kepada peniaga di setiap rantaian pengedaran bagi memberi makluman dan peringatan agar tiada perubahan harga yang menunjukkan kenaikan mendadak dilakukan buat masa ini.
Nanta berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) buat masa ini tidak bercadang untuk melaksanakan kawalan harga sepanjang masa kecuali yang dilaksanakan ketika musim perayaan utama melalui penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).
Bagaimanapun, katanya kementerian tidak teragak-agak untuk melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dengan membuat kawalan harga sepanjang masa jika harga di setiap rantaian pengedaran ayam semakin meningkat dan tidak munasabah.
"Tindakan semasa adalah melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan harga ayam secara konsisten bagi memastikan tiada berlakunya sebarang manipulasi harga atau untung dalam kalangan peniaga melalui mekanisme kawalan yang dikuatkuasakan melalui perundangan antipencatutan," katanya.
Menurut Nanta sejumlah 164 premis telah diperiksa oleh penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara hingga 14 Sept lepas melibatkan 166 jenis ayam meliputi ayam hidup, ayam standard dan ayam super.
Sejumlah 163 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) juga telah dikeluarkan kepada peniaga ayam yang diperiksa bagi tujuan mendapatkan maklumat terperinci berhubung kos operasi dan kos belian, katanya.
Nanta berkata setakat ini tiada perlakuan kartel dikesan terlibat di sebalik kenaikan harga ayam, namun KPDNHEP dengan kerjasama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menyiasat di bawah perundangan yang dikuatkuasakan.
"KPDNHEP memahami kerugian yang dialami oleh pihak peniaga ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah menjejaskan perniagaan mereka.
"Namun peniaga di setiap rantaian bekalan ayam diingatkan untuk tidak mengambil tindakan drastik dengan menaikkan harga bagi menampung kerugian mereka. Orang tengah juga diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan menekan peniaga dan pengguna," katanya.
Menurut beliau KPDNHEP mengambil maklum permasalahan harga makanan ayam yang tinggi, yang mana kira-kira 80 peratus makanan ayam adalah diimport dan kenaikan harganya di peringkat global turut mempengaruhi isu harga ayam di pasaran negara.
Katanya KPDNHEP akan mengadakan perbincangan berterusan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk memastikan isu kos tinggi seperti dedak ayam diimport, harga baka ayam dan anak ayam yang mempengaruhi harga ayam di peringkat pengguna dapat diminimumkan dan diurus dengan baik.
Bagi mencari penyelesaian jangka panjang yang munasabah dan boleh dilaksanakan untuk menstabilkan harga ayam, Nanta berkata satu pertemuan dan perbincangan bersama MAFI dan Kementerian Kewangan (MOF) akan diadakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
![Sesi libat urus stabilkan harga ayam di pasaran - Nanta Sesi libat urus stabilkan harga ayam di pasaran - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631515971_hargaayamnaik.jpg)
Nanta berkata kenaikan harga yang berterusan sebelum ini dapat distabilkan hasil kerjasama daripada pengeluar dan pihak yang terbabit dalam rantaian pemasaran ayam. - Gambar hiasan/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Ditegur tak hadir, MUDA kecewa dengan respons Fahmi Fadzil Ditegur tak hadir, MUDA kecewa dengan respons Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722608250_KenyataanMUDA.jpg)
Ditegur tak hadir, MUDA kecewa dengan respons Fahmi Fadzil
Oleh kerana waktu yang terlalu singkat, MUDA tidak dapat menghantar wakil untuk hadir sesi libat urus itu.
![Sesi libat urus muktamadkan RUU Akta Sewaan Kediaman akan diteruskan Sesi libat urus muktamadkan RUU Akta Sewaan Kediaman akan diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719840695_NgaKorMing.jpg)
Sesi libat urus muktamadkan RUU Akta Sewaan Kediaman akan diteruskan
Sesi libat urus bagi memuktamadkan draf penggubalan RUU Akta Sewaan Kediaman khususnya dalam aspek pelaksanaan dan pentadbiran akta akan diteruskan bersama kerajaan negeri.
![RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) dicadang dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) dicadang dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71643859398_TeresaKok.jpg)
RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) dicadang dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas
Teresa Kok berkata cadangan untuk dirujuk ke jawatankuasa itu penting bagi membolehkan lebih banyak sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dilakukan.
![KUSKOP adakan sesi libat urus pertama MPUKPPD zon utara - Ewon KUSKOP adakan sesi libat urus pertama MPUKPPD zon utara - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719656093_EwonBenedick.jpg)
KUSKOP adakan sesi libat urus pertama MPUKPPD zon utara - Ewon
KUSKOP pada Sabtu mengadakan sesi libat urus pertama berhubung cadangan pelaksanaan MPUKPPD bagi negeri-negeri zon utara.
![KPT sedia teliti semula jumlah jam mengajar pensyarah di universiti KPT sedia teliti semula jumlah jam mengajar pensyarah di universiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717751439_DrZambryAbdulKadi.jpg)
KPT sedia teliti semula jumlah jam mengajar pensyarah di universiti
Kementerian Pendidikan Tinggi akan meneliti keperluan keseimbangan jumlah jam mengajar bagi kalangan pensyarah di universiti negara ini.
![Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710127802_tbSaifuddinNasution.jpg)
Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan
Kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
![Kawal selia platform media sosial perlu ada pendekatan 'carrot and stick' Kawal selia platform media sosial perlu ada pendekatan 'carrot and stick'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710332560_safuanzairi.jpg)
Kawal selia platform media sosial perlu ada pendekatan 'carrot and stick'
Ketua Pengawai Ekosistem MRANTI, Safuan Zairi berpendapat bahawa setiap pengawalan selia media sosial mesti mempunyai pendekatan 'carrot and stick' dan ini harus melibatkan akta, peraturan
![FMM gesa cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguh FMM gesa cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673366930_TanSriSohThianLa.jpg)
FMM gesa cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguh
FMM menggesa agar cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguhkan dahulu sementara menunggu kajian selanjutnya.
![Kerajaan teliti ubah suai alur limpah Sungai Golok atasi banjir termenung - Nik Nazmi Kerajaan teliti ubah suai alur limpah Sungai Golok atasi banjir termenung - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703148111_TBNIKNAZMINIKAH.jpg)
Kerajaan teliti ubah suai alur limpah Sungai Golok atasi banjir termenung - Nik Nazmi
Kerajaan sedang meneliti untuk mengubah suai alur limpah di Projek PLSB Sungai Golok di Kelantan bagi mengatasi masalah banjir termenung di kawasan berhampiran.
![Operasi Starlink di Malaysia selaras dengan kerangka antarabangsa - MCMC Operasi Starlink di Malaysia selaras dengan kerangka antarabangsa - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691735590_Starlinkinternet.jpg)
Operasi Starlink di Malaysia selaras dengan kerangka antarabangsa - MCMC
Operasi Starlink di Malaysia adalah selaras dengan kerangka antarabangsa, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).