KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) perlu memiliki keupayaan menjana sendiri sekurang-kurangnya 70 peratus daripada keperluan beban asas tenaga elektrik untuk menyelesaikan isu gangguan bekalan di Sabah.
Pengerusinya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata ketika ini, SESB hanya mampu menjana dan memiliki 20 peratus daripada keperluan beban asas tenaga elektrik manakala bakinya dijana oleh penjana tenaga bebas (IPP) sebelum dijual kepada syarikat itu.
Beliau berkata keperluan beban asas di Sabah ialah sebanyak 1,080 megawatt (MW) namun kapasiti keseluruhan penghasilan tenaga semasa hanya pada 1,200MW sekali gus menunjukkan marjin rizab yang kurang daripada 12 peratus.
"Keadaan itu boleh membawa kepada ketidakstabilan dalam bekalan tenaga terutama semasa menghadapi cabaran teknikal," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beban asas merujuk kepada tahap bekalan tenaga elektrik minimum bagi memenuhi bekalan secara konsisten dalam tempoh 24 jam.
Madius juga berkata SESB kini beroperasi dengan kerugian disebabkan pembelian kuasa daripada IPP pada kadar RM0.43 seunit elektrik namun dijual kepada pengguna pada harga RM0.34 mengikut tarif yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Justeru, beliau berkata SESB berharap kerajaan meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada syarikat itu bagi membolehkan ia menjana tenaga elektrik sendiri tanpa bergantung kepada IPP.
"Semua pemegang taruh perlu menilai semula keadaan kewangan SESB dan penjanaan bekalan elektrik yang lebih stabil.
"Jangan terus beranggapan bahawa SESB hanya boleh membeli tenaga elektrik daripada IPP untuk dijual kepada pengguna.
"SESB memiliki aset dalam rangkaian penghantaran dan pengagihan bekalan tenaga tetapi tidak dalam penjanaan kuasa elektrik namun kita sebenarnya mempunyai ramai tenaga mahir bukan sahaja berkebolehan untuk membuat kajian tetapi berupaya untuk mengoperasikan sebuah penjanaan kuasa elektrik sendiri di Sabah," katanya.
Ahli Parlimen Tuaran itu turut mencadangkan agar Petronas dan kerajaan negeri membuat pengagihan gas asli dengan memberi keutamaan kepada penjanaan elektrik bagi membolehkan penjanaan secara berkesan dalam usaha menyalurkan bekalan tanpa gangguan kepada rakyat Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023

Wilfred Madius Tangau berkata ketika ini, SESB hanya mampu menjana dan memiliki 20 peratus daripada keperluan beban asas tenaga elektrik manakala bakinya dijana oleh penjana tenaga bebas (IPP) sebelum dijual kepada syarikat itu. -Gambar fail/Bernama
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Sabah Electrity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberikan rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik yang berdaftar di Sabah dan Labuan tahun ini.

Tiga maut terkena renjatan elektrik ketika pasang panel solar
Tiga pekerja kontrak pemasangan panel solar maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah bangunan pejabat di sini, pada Jumaat.

Beberapa kawasan di timur Sabah alami gangguan bekalan elektrik
Pihak Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas.

Krisis Duta Enclave: Kerajaan sedia beri pampasan, tetapi tidak mudah mengalah - PM Anwar
Kerajaan juga memutuskan untuk mengkaji pindaan terhadap Akta Pengambilan Tanah 1960 supaya kepentingan awam diutamakan pada masa depan.

SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity akan laksana projek pemasangan meter pintar dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.

SESB rugi RM60 juta setahun akibat curi elektrik kawasan setinggan di Sabah
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami kerugian RM60 juta setahun akibat perbuatan mencuri nekalan elektrik secara ketara di kawasan penempatan setinggan di Sabah.

Pengerusi SESB lapor polis kegiatan curi elektrik di Lahad Datu
Pasukan SESB melakukan tinjauan di kawasan terbabit dan mendapati penduduk kampung melakukan kesalahan serius.

AGC akan mohon perintah kerajaan pindah milik tanah kepada Semantan Estate digantung
Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan juga akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.

SESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan
Gangguan bekalan gas di pulau itu secara langsung menghentikan bekalan gas ke Stesen Janakuasa Patau-Patau milik SESB.