KOTA KINABALU: Pengerusi Sabah Electricty Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pihak SESB kini dalam proses ke arah menggunakan Meter Pintar (Smart Meter) bagi merekodkan jumlah penggunaan elektrik di setiap premis serta kediaman di seluruh Sabah dan Labuan.
Menurut beliau, bagi tujuan ini pihak SESB membuka tender mempelawa syarikat-syarikat berkelayakan menjayakan inisiatif berkenaan.
"Tender dibuka pada 16 April dan ditutup 12 Jun lepas. Pada ketika ini ia sedang dalam proses analisa tender sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Tender Pengurusan dan seterusnya ke Jawatankuasa Perolehan dan Kewangan Lembaga," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini semalam bagi mengulas saranan Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah David Chan.
Menurut Madius, saranan David agar pihak kerajaan menggunakan meter pintar adalah wajar kerana mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihan berbanding penggunaan meter konvensional.
"Saya ingin memaklumkan bahawa pihak SESB pun sememangnya sedang ke arah itu dan diharapkan segala proses yang dilaksanakan berjalan lancar," katanya.
Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran turut menggalakkan orang ramai dan pengguna memuat turun dan mendaftar aplikasi mySESB di telefon bimbit masing-masing.
"Melalui aplikasi ini, pelbagai perkhidmatan boleh dilaksanakan hanya di hujung jari. Antaranya, mendapat akses penyata bil terkini selain boleh membuat pembayaran bil secara terus ke sistem SESB tanpa perlu menunggu tiga hari bekerja seperti cara pembayaran yang lain.
"Pengguna juga boleh mendapatkan info semasa berkaitan penyelenggaraan di sesuatu kawasan, menyalurkan aduan dan menyemak status tindakan, membuat permohonan meter baharu serta pelbagai lagi," tambah beliau.
Beliau berkata perkhidmatan mySESB ialah satu inisiatif bagi memudahkan para pelanggan berurusan tanpa perlu hadir berbaris panjang atau bersesak di kaunter atau Kiosk SESB.
"Namun buat masa ini daripada 696,711 pengguna SESB, baru 112,835 orang telah mendaftar. Untuk itu, kita harapkan lebih ramai mendaftar di mySESB agar sebarang urusan orang ramai dengan SESB dapat diselesaikan dengan lebih fleksibel, mudah, cepat dan pantas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024

Madius turut menggalakkan orang ramai dan pengguna memuat turun dan mendaftar aplikasi mySESB di telefon bimbit masing-masing. - Gambar fail/BERNAMA
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Sabah Electrity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberikan rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik yang berdaftar di Sabah dan Labuan tahun ini.

Tiga maut terkena renjatan elektrik ketika pasang panel solar
Tiga pekerja kontrak pemasangan panel solar maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah bangunan pejabat di sini, pada Jumaat.

Beberapa kawasan di timur Sabah alami gangguan bekalan elektrik
Pihak Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas.

Krisis Duta Enclave: Kerajaan sedia beri pampasan, tetapi tidak mudah mengalah - PM Anwar
Kerajaan juga memutuskan untuk mengkaji pindaan terhadap Akta Pengambilan Tanah 1960 supaya kepentingan awam diutamakan pada masa depan.

SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity akan laksana projek pemasangan meter pintar dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.

SESB rugi RM60 juta setahun akibat curi elektrik kawasan setinggan di Sabah
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami kerugian RM60 juta setahun akibat perbuatan mencuri nekalan elektrik secara ketara di kawasan penempatan setinggan di Sabah.

Pengerusi SESB lapor polis kegiatan curi elektrik di Lahad Datu
Pasukan SESB melakukan tinjauan di kawasan terbabit dan mendapati penduduk kampung melakukan kesalahan serius.

AGC akan mohon perintah kerajaan pindah milik tanah kepada Semantan Estate digantung
Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan juga akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.

SESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan
Gangguan bekalan gas di pulau itu secara langsung menghentikan bekalan gas ke Stesen Janakuasa Patau-Patau milik SESB.